Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 76 individu, 72 kenderaan diperiksa polis di Bintangor
  • Tengah
  • WILAYAH

76 individu, 72 kenderaan diperiksa polis di Bintangor

Utusan Sarawak 3 hours ago
ANGGOTA polis menjalankan operasi bersepadu pencegahan jenayah. Foto: IPD Meradong

BINTANGOR: Seramai 76 individu dan 72 kenderaan diperiksa dalam operasi bersepadu pencegahan jenayah yang dilaksanakan oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Meradong di beberapa kawasan tumpuan jenayah sekitar daerah ini semalam.

Ketua Polis Daerah (KPD) Meradong, DSP Tansli Mering berkata, operasi tersebut dijalankan bagi meningkatkan keselamatan awam selain membanteras kegiatan jenayah di kawasan pentadbiran Daerah Meradong.

Katanya, operasi tersebut diketuai oleh Inspektor Norfadilah Zainal selaku pegawai medan bersama Sub Inspektor (SI) Jivson Rockson Chin Chang sebagai Penolong Pegawai Medan.

“Antara fokus operasi adalah rondaan pencegahan jenayah, pemeriksaan mengejut dan sekatan jalan raya (SJR) di beberapa lokasi tumpuan termasuk Jalan Kelupu, Jalan KJD, Jalan Bakong, Jalan Kilang, Taman Bintang, Taman Alomara serta laluan masuk ke Bintangor.

“Sepanjang operasi dijalankan, 76 individu dan 72 kenderaan telah diperiksa,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, sebanyak lima saman trafik turut dikeluarkan atas pelbagai kesalahan jalan raya yang dikesan sepanjang operasi.

“Operasi ini bertujuan membanteras jenayah, mengesan individu dikehendaki serta meningkatkan kehadiran polis di kawasan tumpuan jenayah bagi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

“Tiada tangkapan atau rampasan direkodkan sepanjang operasi dijalankan,” katanya.

Tambahnya, pihak polis akan terus melaksanakan operasi sedemikian secara berkala sebagai langkah proaktif dalam memastikan keamanan dan kesejahteraan masyarakat sentiasa terpelihara.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Buaya sepanjang 1.83 meter berjaya ditangkap dalam longkang perumahan di Senadin
Next: IPD Lubok Antu, PERKEP santuni pesara polis dan balu menjelang Gawai

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.