Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEBAKARAN
  • 7 unit berek di Kem Batalion 10 PGA Sibu musnah terbakar
  • KEBAKARAN

7 unit berek di Kem Batalion 10 PGA Sibu musnah terbakar

Utusan Sarawak 4 months ago

SIBU: Tujuh unit berek jenis struktur tidak kekal di Kem Batalion 10 Pasukan Gerakan Am (PGA) Sibu, Jalan Upper Lanang di sini musnah sepenuhnya dalam kebakaran malam tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4 Sibu, Andy Alie, memaklumkan bahawa pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian tersebut pada pukul 7.05 malam. 

Pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, dengan bantuan BBP Sungai Merah, segera dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan sebuah blok berek dengan 10 pintu. 

“Kebakaran telah memusnahkan 100 peratus struktur dari pintu nombor empat hingga pintu nombor 10, manakala pintu nombor tiga terbakar lima peratus. Pintu nombor satu dan dua berjaya diselamatkan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, seramai 18 penghuni dari tujuh unit berek terjejas, manakala tiga unit lagi tidak berpenghuni.

“Pasukan bertindak dengan membentang dua aliran salur bantu mula dan satu aliran 400 kaki dengan dua nozle menggunakan sumber air dari pili bomba untuk memadam api di bahagian hadapan. 

“Sementara itu, pasukan bantuan dari BBP Sungai Merah menggunakan satu aliran 300 kaki dengan dua nozle bagi memadam api dari bahagian belakang,” katanya.

Kebakaran berjaya dikawal pada jam 8.15 malam dan dipadamkan sepenuhnya pada jam 9.42 malam.

Tiada mangsa terlibat dalam kebakaran tersebut, dan semua penghuni berjaya diselamatkan.

Continue Reading

Previous: Kebakaran: Tindakan pantas dua jiran selamatkan rumah panjang 
Next: Rumah panjang 21 pintu terbakar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.