Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 63 kes selesai di bawah TTPRS
  • TEMPATAN

63 kes selesai di bawah TTPRS

Utusan Sarawak 5 years ago
TURUT SERTA… Sebahagian peserta yang hadir pada Seminar Perumahan “Dasar dan Projek Perumahan Awam dan Bidang Kuasa Tribunal 2020” diadakan di sebuah hotel di Miri, semalam.

MIRI: Sebanyak 63 kes diselesaikan di bawah Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak (TTPRS) dari  Januari lalu hingga Ogos tahun ini.

Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak, Datu Antonio Kahti Galis berkata ,kebanyakan kes yang direkodkan adalah berkenaan kerosakkan atau kecacatan mutu kerja rumah dan kelewatan pemaju menyerahkan rumah.

“TTPRS adalah alternatif untuk menyelesaikan pertikaian mengenai perumahan antara pembeli rumah dan pemaju perumahan selain daripada Mahkamah Sivil berdasarkan kepada perjanjian jual beli.

“Secara keseluruhannya sejak TTPRS ditubuhkan pada 2010 sehingga kini, sebanyak 436 kes telah diselesaikan dengan nilai tuntutan berjumlah RM2.1 juta telah dituntut oleh pembeli rumah kepada pemaju,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis perasmian Seminar Perumahan- “Dasar dan Projek Perumahan Awam dan Bidang Kuasa Tribunal 2020” yang diadakan di sebuah hotel di sini, semalam.

Antara objektif seminar tersebut ialah menyampaikan maklumat dan pengetahuan tentang pembelian rumah, memberi kesedaran dan pengetahuan tentang hak-hak pembeli rumah dan menerangkan kaedah prosedur membuat tuntutan terhadap pemaju.

Seminar setengah hari itu dianjurkan oleh Kementerian Kerajaaan Tempatan Dan Perumahan Sarawak dan dihadiri kira-kira 100 peserta yang terdiri daripada wakil- wakil dari pelbagai agensi awam dan swasta dan ketua-ketua masyarakat.

Turut hadir, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Miri, Adam Yii dan Setiausaha Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah Sarawak, Ali Abdulah.

Continue Reading

Previous: Tiga ditahan terlibat judi atas talian
Next: Sarawak negeri termaju 10 tahun lagi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.