Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 61 peserta sertai Kursus Kemahiran Asas Mengunting Rambut di bawah ALI
  • Utara
  • WILAYAH

61 peserta sertai Kursus Kemahiran Asas Mengunting Rambut di bawah ALI

Utusan Sarawak 7 months ago

LAWAS: Seramai 61 orang peserta dari kalangan warga setempat telah mengikuti Kursus Kemahiran Asas Mengunting Rambut di bawah Akademi Latihan Insan (ALI) yang berlangsung selama dua (2) hari bermula 23 November hingga kelmarin.

Kursus mendedahkan para peserta dengan kemahiran dalam mencipta pelbagai gaya potongan rambut diadakan di Dewan SK Agama (MIS) merupakan anjuran Yayasan Kepimpinan Al Bait (YKAB) dengan kerjasama Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) dan Koperasi Al Bait Sarawak Berhad (KOOPBAIT).

Sepanjang kursus dilaksanakan, para peserta turut didedahkan dengan pebagai jenis peralatan dan juga kelengkapan yang diperlukan untuk mengunting rambut.

ALI adalah program kolaborasi bersama TBS untuk melahirkan asnaf yang berkemahiran melalui kursus jangka pendek memfokuskan kepada kursus kemahiran dan kepimpinan.

Program bertujuan membuka peluang kepada golongan asnaf untuk mempelajari dan menimba ilmu dalam bidang kemahiran.

Selain itu, menerapkan kepimpinan bagi meningkatkan taraf kehidupan golongan tersebut daripada kepompong kemiskinan.

Program ALI ini telah dijalankan sejak 2018 di beberapa bahagian di seluruh Sarawak termasuk di bahagian Kuching, Serian, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Bintulu, Miri, Limbang dan kini di Lawas.

Seramai lebih kurang 15,000 alumni ALI telah berjaya dilahirkan daripada lebih kurang 400 kursus sejak program ALI dilaksanakan.

Majlis penangguhan ALI telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Sektor Kewangan dan Pentadbiran TBS Iskandar Allan, Pegawai Program dan Aktiviti YKAB Muhd Fahmi Hakim Muhd Nawawi, Pemanca Hassan Pilus.

Turut hadir pada majlis penangguhan tersebut, Ketua Bahagian TBS Limbang Junidi Lamat dan Timbalan Ketua Bahagian TBS Lawas Nor Nadiah Abas.

Orang ramai yang ingin mendapat maklumat lanjut berkenaan program dan aktiviti yang dianjurkan oleh YKAB dan TBS, boleh melayari media sosial YAYASAN KEPIMPINAN AL BAIT INSTAGRAM: @yayasanalbait, FACEBOOK: yayasanalbait.ykab, TIKTOK: yayasanalbait atau melayari laman TABUNG BAITULMAL SARAWAK INSTAGRAM: @tabungbaitulmalsarawak, FACEBOOK: Tabung Baitulmal Sarawak, Twitter: @BaitulmalSwk.

Oleh Adeng Edrus

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 87 projek bernilai RM1.5 blion di Lembah Rajang untuk pelaksanaan
Next: Sarawak Eco Warriors adakan program perundingan belia 8 Disember depan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.