Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 60 peserta sertai program kesedaran keselamatan kebakaran
  • WILAYAH

60 peserta sertai program kesedaran keselamatan kebakaran

Utusan Sarawak 5 months ago

PENGISIAN AKTIVITI....Pengisian aktiviti di program kesedaran keselamatan kebakaran di Rumah Caroline Insat. Foto BBP Bintangor 

BINTANGOR: Seramai 60 peserta menyertai program kesedaran keselamatan kebakaran di Rumah Caroline Insat di sini semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, program tersebut dijalankan bermula jam 7.30 pagi hingga jam 1.00 petang. 

“Program ini dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meradong, Datuk Ding Koung Hiing. 

“Antara pengisian aktiviti adalah ceramah kesedaran keselamatan kebakaran dan pencegahan kebakaran,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, turut dijalankan adalah ceramah tindakan awal dan pengenalan binatang berbisa iaitu ular. 

“Selain itu, saya bersama dua anggota bomba turut menjalankan demonstrasi pemadaman kebakaran dengan alat pemadam api dan pengendalian pemadaman kebakaran dapur memasak.

“Alhamdulillah, program berjalan lancar dan jayanya. Tiada sebarang insiden yang tidak diingini berlaku sepanjang program dijalankan,” katanya. 

Oleh Earl Anek 

Continue Reading

Previous: 1,450 peserta sertai Larian Perpaduan Sarikei 6.0
Next: Jaga kebersihan, elak wabak denggi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.