Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 60 anak yatim dirai anjuran KEMAS Sibu
  • WILAYAH

60 anak yatim dirai anjuran KEMAS Sibu

Utusan Sarawak 2 years ago

Program bertemakan 'Santunan Kasih Ramadan 2023' itu adalah inisiatif murni dengan kerjasama Jawatankuasa Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA P212 Sibu.

SIBU: Seramai 60 anak yatim dari Kompleks Kebajikan Juma’ani Tuanku Haji Bujang (KKJTHB), Sibu diraikan dalam Program Khidmat Masyarakat anjuran Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Sibu.

Pengerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan KEMAS Sibu, Nor Hadiah Hat berkata, program bertemakan ‘Santunan Kasih Ramadan 2023’ itu adalah inisiatif murni dengan kerjasama Jawatankuasa Pendidik Masyarakat TABIKA/TASKA P212 Sibu.

“Antara tujuan program ini adalah untuk mewujudkan satu ikatan murni di antara individu bagi mengukuhkan hubungan silaturahim sesama manusia.

“Program ini diharap dapat memupuk rasa kesedaran dan nilai kasih sayang di dalam diri masing-masing serta menanamkan sifat kesabaran dalam ujian dan dugaan kehidupan.

“Kita juga mahu menerapkan rasa simpati, kasih sayang dan kepriharinan kepada golongan yang kurang bernasib baik, menggembirakan dan menyantuni anak-anak yang berkurang nasib baik.

“Kita juga mahu berkongsi rezeki serta bersama-sama menjalankan rasa bertanggungjawab sebagai manusia,” katanya pada majlis itu.

Antara yang hadir ialah Pengerusi KKJTHB Dato Mohamad Yusnar Matalie, Pengurus KKJTHB Najilanisa Suhaili serta Penyelaras Program Khidmat Masyarakat “Santunan Kasih Ramadhan 2023” Siti Rohna Ishak.

Oleh RAIHAN OMERA KAUSAR

Continue Reading

Previous: Laluan seksyen Bukit Begunan siap
Next: Mayat lelaki tanpa identiti ditemukan di Terminal Penumpang Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.