Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 56 ‘titik panas’ kerap kemalangan di Sarawak
  • KEMALANGAN

56 ‘titik panas’ kerap kemalangan di Sarawak

Utusan Sarawak 2 months ago
SESAK… Sekitar keadaan trafik di Padang Merdeka, baru-baru ini. -Foto BERNAMA

KUCHING: Polis mengenal pasti 56 lokasi kerap berlaku kemalangan jalan raya di Sarawak sebagai kawasan tumpuan utama rondaan menerusi Op Selamat 24 sempena Aidilfitri yang akan dilancarkan bermula 29 Mac hingga 3 April ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Mancha Ata berkata pihaknya juga akan melakukan rondaan di kawasan yang sering mengalami kesesakan lalu lintas, kawasan perumahan dan penempatan orang ramai.

“Operasi ini akan melibatkan semua cawangan dan jabatan dalam polis kontinjen Sarawak serta meliputi semua daerah di negeri ini, dengan penglibatan 343 pegawai dan anggota daripada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi berkenaan bertujuan menurunkan kadar kemalangan jalan raya di Sarawak sepanjang tempoh perayaan, justeru pengguna jalan raya dinasihatkan untuk sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas dan arahan anggota penguat kuasa.

Ia turut merangkumi rondaan di kawasan premis dan kediaman yang ditinggalkan penghuni pulang beraya sebagai satu strategi mencegah jenayah pecah rumah dan jenayah lain.

-BERNAMA

Continue Reading

Previous: Warga emas maut kemalangan
Next: Penunggang motosikal maut, pembonceng cedera parah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.