Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 550 peserta peraga budaya masyarakat Cina menerusi Festival Kebudayaan Cheongsam ke-3
  • TEMPATAN

550 peserta peraga budaya masyarakat Cina menerusi Festival Kebudayaan Cheongsam ke-3

Utusan Sarawak 7 months ago
DATUK Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng merakam gambar bersama peserta untuk dijadikan sebagai kenangan pada Festival Kebudayaan Cheongsam di dua lokasi iaitu Dewan Masyarakat MBKS dan Kuching Taman Tasik MBKS, pagi tadi.

KUCHING: Festival Kebudayaan Cheongsam yang diadakan buat kali ke-3 menampilkan seramai 550 peserta dalam mempamerkan budaya berpakaian rasmi Cheongsam masyarakat cina.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuching Sarawak (MBKS) Dato Wee Hong Seng berkata festival tahun ini berobjektifkan daya tarikan dan perpaduan masyarakat Sarawak yang pelbagai dan harmoni. 

Jelasnya, sambutan kali ini diadakan di dua lokasi ikonik,Taman Tasik MBKS dan Dewan Masyarakat MBKS untuk mempromosikan keindahan dan warisan pakaian tradisional wanita Cina-Cheongsam.

Melalui acara seperti ini, kami mencipta platform untuk meraikan kepelbagaian kami sambil memupuk persefahaman, penjagaan dan sokongan bersama yang lebih mendalam dalam kalangan komuniti yang berbeza,” katanya ketika berucap pada Festival Kebudayaan Cheongsam di sini, pagi tadi.

Sementara itu, katanya, para peserta turut berpeluang menggabungkan bahan batik tempatan ke dalam cheongsam mereka dan mempamerkan keharmonian gabungan budaya Sarawak dengan cara yang jelas. 

“Ini lebih daripada sekadar acara kebudayaan ia adalah perayaan semangat kreatif rakyat kita, menyatukan tradisi yang berbeza untuk mencipta sesuatu yang unik dari Sarawak.”

Tambah Dato Wee Hong Seng dengan adanya acara ini beliau berharap bukan sahaja meraikan warisan mereka tetapi juga menarik lebih ramai pelawat asing ke Sarawak sekali gus dapat menyumbang kepada pembangunan sektor pelancongan, seni dan budaya tempatan negeri ini.

Festival Cheongsam kali ini terbuka kepada wanita dari semua latar belakang etnik, mengukuhkan mesej perpaduan dengan menampilkan dua Kategori A (individu) berumur 22 hingga 80 tahun berpakaian cheongsam tradisional atau moden manakala kategori B (Kumpulan) tiada had umur dan menampilkan pakaian campuran dari pelbagai etnik.

Mengulas lanjut perkara itu, ujarnya, bagi kedua-dua kategori, terdapat hadiah yang bakal dimenangi oleh para peserta.

Sebanyak RM1,800 untuk juara, RM1,500 untuk naib juara dan RM1,200 untuk naib tempat ketiga, beserta selempang dan sejambak bunga. 

“Hadiah saguhati juga akan diberikan dalam kedua-dua kategori.”katanya.

Ujar Datuk Bandar MBKS, festival ini dianjurkan oleh Persekutuan Persatuan Wanita Cina Sarawak, dengan kerjasama MBKS dan disokong oleh Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak.

“Kami yakin festival edisi ketiga ini akan melepasi semua jangkaan, membina kejayaan tahun sebelumnya dan mencipta kenangan berkekalan untuk semua yang terlibat,” ujarnya.

Oleh Noor Ikmal

Tags: TEMPATAN

Continue Reading

Previous: Pulapol Challenge 2024 tingkatkan gaya hidup sihat
Next: Persidangan SUF memastikan tiada golongan tercicir dalam proses urbanisasi

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.