Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 55 orang lagi ditempatkan di 16 hotel
  • SEMASA

55 orang lagi ditempatkan di 16 hotel

Utusan Sarawak 5 years ago

KUCHING:  Semalam terdapat penambahan seramai 55 rakyat Sarawak yang tiba dari luar negara, Semenanjung, Sabah dan Labuan menjadikan jumlah keseluruhan seramai 1,493 orang yang ditempatkan di pusat Orang Di bawah Pengawasan (PUS) di 16 buah hotel.

Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, daripada 16 hotel tersebut, empat hotel di bahagian Kuching, dua hotel (Bintulu), sembilan hotel (Miri) dan sebuah hotel (Limbang).

“Untuk pematuhan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah 97 peratus.

“Semalam polis telah menangkap 83 orang kerana melanggar PKP,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Tambah Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) itu lagi, sehingga semalam sejak tempoh PKP bermula 18 Mac, sebanyak 1,094 orang telah ditangkap dan 593 dituduh di mahkamah.

“Semalam, sebanyak 14 lokasi operasi nyahcemar telah dilakukan dan menjadikan bilangan kumulatif lokasi di Sarawak adalah 252 lokasi,” jelasnya.

Continue Reading

Previous: Sarawak catat lima lagi kes positif Covid-19
Next: Polis dari Serian, maut kemalangan di Alor Setar

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.