Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 542 paket bekalan makanan dihantar kepada mangsa banjir
  • Tengah
  • WILAYAH

542 paket bekalan makanan dihantar kepada mangsa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
MAKANAN…..Bekalan makanan dihantar kepada penduduk rumah panjang yang terjejas akibat banjir. Foto PGO Bomba Sarawak

PAKAN: Sebanyak 542 paket bekalan makanan dihantar kepada mangsa banjir di lima rumah panjang.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, penduduk rumah panjang yang menerima bekalan makanan tersebut adalah dari Rumah Umar di Sungai Temiang (73 paket), Rumah John di Bajuh (14 paket), Rumah Saoh di Tekalong (17 paket), Rumah Meru di Engkabang (138 paket) dan Rumah Sumping di Wong (200 paket).

“Ia melibatkan lima rumah panjang tersebut dengan jumlah keseluruhan ketua isi rumah (KIR) seramai 105 orang.

“Tiga anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor bersama pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan aset darat, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Pejabat Daerah Pakan menghantar bekalan makanan kepada penduduk rumah panjang yang terjejas akibat banjir,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, pihak bomba menerima panggilan bagi bantuan menghantar paket bekalan makanan tersebut pada 8.00 pagi tadi.
Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Polis tahan lelaki disyaki edar dadah
Next: Rumah panjang di Beluru masih ditenggelami air

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.