Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 516 penerima bantuan kebajikan terima sumbangan sempena Aidilfitri
  • Tengah
  • WILAYAH

516 penerima bantuan kebajikan terima sumbangan sempena Aidilfitri

Utusan Sarawak 2 months ago
PEGAWAI Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan mewakili ADUN Jepak, Iskandar Turkee menyampaikan sumbangan wang tunai dan hamper kepada para penerima sempena Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri di Masjid Darul Makmur, Jepak, Bintulu, hari ini.

BINTULU: Seramai 516 penerima bantuan kebajikan di Bahagian Bintulu menerima sumbangan sempena Majlis Sejambak Kasih Hari Raya Aidilfitri, sebagai usaha memastikan golongan kurang berkemampuan dapat menyambut perayaan dengan lebih bermakna.

Majlis penyerahan sumbangan disempurnakan oleh Pegawai Daerah Bintulu, Awang Mohammed Nizam Awang Ali Bohan, yang mewakili Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak, Iskandar Turkee di Masjid Darul Makmur, hari ini.

Dalam ucapannya, beliau menekankan bahawa majlis tersebut bukan sekadar pemberian bantuan kewangan, malah merupakan satu bentuk sokongan moral kepada mereka yang memerlukan.

Katanya, bantuan itu diharapkan dapat meringankan beban kewangan serta membawa kegembiraan, menjadikan sambutan Aidilfitri lebih bermakna bagi penerima.

Sebagai simbolik penyampaian bantuan, 100 penerima bantuan bulanan kebajikan menerima wang tunai RM100 serta hamper bernilai RM80, menjadikan jumlah keseluruhan peruntukan sebanyak RM18,000 bagi majlis kali ini.

Selain itu, Pejabat Kebajikan Masyarakat Bahagian Bintulu telah menyalurkan lebih daripada RM4.14 juta kepada 3,582 penerima bantuan bulanan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, menunjukkan komitmen berterusan dalam memastikan kesejahteraan rakyat.

Majlis Sejambak Kasih Aidilfitri itu mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam membantu golongan yang memerlukan agar tiada sesiapa yang tercicir daripada menikmati kemeriahan perayaan.

Oleh Carolyne Utih

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM2.90 untuk setiap kilogram minyak masak terpakai Jumaat ini  
Next: Bazar Ramadan saksi semangat muhibah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.