Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 5,000 pemimpin akar umbi dijangka hadir sambutan 50 tahun BN  
  • SEMASA

5,000 pemimpin akar umbi dijangka hadir sambutan 50 tahun BN  

Utusan Sarawak 6 months ago
SETIAUSAHA Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir

KUALA LUMPUR: Seramai 5,000 pemimpin akar umbi Barisan Nasional (BN) dari  seluruh negara dijangka hadir pada Sambutan 50 Tahun BN yang akan diadakan pada Sabtu depan, 7 Disember di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur. 

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, tarikh sambutan itu telah diputuskan dalam mesyuarat Dewan Tertinggi parti itu, Rabu lepas.

“Pelbagai acara telah dirancang dan kira-kira 5,000 pemimpin akar umbi BN dari seluruh negara dijangka hadir,” katanya dalam kenyataan, hari ini. 

Dalam pada itu, Zambry berkata mesyuarat itu turut membincangkan mengenai persiapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah Ke-17 yang boleh diadakan pada bila-bila masa sebelum Oktober 2025.

“BN akan sentiasa memantau perkembangan semasa politik Sabah dalam memastikan gerak kerja dan perancangan menghadapi PRN berkenaan akan dapat mengukuhkan kedudukan parti di negeri berkenaan,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: Bank Islam tawar bantuan kewangan kepada mangsa banjir
Next: Premier Sarawak terima kunjungan Duta Besar Peru, Mexico

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.