Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 500 peserta ambil bahagian dalam acara larian di Dataran Pulau Li Hua
  • Tengah
  • WILAYAH

500 peserta ambil bahagian dalam acara larian di Dataran Pulau Li Hua

Utusan Sarawak 7 months ago
PELEPASAN… Datuk Seri Tiong King Sing melepaskan peserta acara Larian Pulau Li Hua 5.0 dan Pulau Li Hua Fun Run 5.0 di Dataran Pulau Li Hua, pagi tadi.

SIBU: Seramai kira-kira 500 peserta mengambil bahagian dalam acara Larian Pulau Li Hua 5.0 dan Pulau Li Hua Fun Run 5.0 di Dataran Pulau Li Hua, pagi tadi.

Upacara pelepasan peserta pada 6.40 pagi, telah disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya yang juga Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Dudong, Datuk Seri Tiong King Sing.

Dalam pada itu, pengerusi penganjurnya Eric Teo berkata, peserta yang mengambil bahagian dalam acara larian tersebut adalah datang dari Sibu, Sarikei, Bintulu dan Miri.

“Kita berterima kasih kepada semua peserta yang menjayakan acara tahunan ini,” katanya.

Program tersebut dianjurkan bersama oleh Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Pulau Li Hua, Kelab Sukan Rekreasi Pulau Li Hua dan Persatuan Fotografi Sibu.

Kategori Pulau Li Hua Fun Run 5.0 melibatkan larian sejauh empat kilometer mengelingi Pulau Li Hua.

Sementara, Larian Pulau Li Hua 5.0 sejauh 10 kilometer bermula dari Pulau Li Hua menuju ke Jambatan Lanang melalui Jalan Lanang sebelum berpatah balik ke Pulau Li Hua.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penghuni rumah cemas ular tiung cincin ‘tumpang’ bilik mandi
Next: 70 murid terlibat dalam program STEMWorks

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.