Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 warga SK Nanga Budu terjejas akibat banjir kilat  
  • Tengah
  • WILAYAH

50 warga SK Nanga Budu terjejas akibat banjir kilat  

Utusan Sarawak 5 months ago

KRIAN: Seramai 26 pelajar dan 24 orang pengurusan Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu terpaksa ditempatkan di kawasan selamat selepas sekolah tersebut dinaiki air, hari ini.

Penguasa Bomba Zon 3 Sarawak, Muhammad Rais Adham Rosalan berkata kejadian banjir kilat berlaku sekitar 7.15 pagi, dan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Saratok telah menerima panggilan berhubung kejadian sekitar waktu yang sama.

Katanya, seramai empat anggota bomba diketuai komander operasi, Mohamad Hairul Azzri Saupi telah dikerahkan ke lokasi kejadian.

“Kejadian banjir yang berlaku di kawasan sekolah sekitar 7.00 pagi itu melibatkan bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi Pra-Sekolah dan paras air dilaporkan setinggi paras dada orang dewasa. 

“Kesemua mangsa yang terlibat iaitu 26 orang murid, 18 orang pekerja sekolah dan enam orang pekerja swasta telah berjaya berpindah ketempat tinggi dan kini sekolah yang terlibat telah ditutup,” katanya.

Muhammad Rais berkata tindakan anggota ditempat kejadian iaitu memeriksa serta melakukan pemantauan disekitar sekolah bagi memastikan tahap keselamatan dikawasan yang dinaiki air dimana paras air trendnya masih meningkat.

Beliau menambah, kejadian banjir kilat ini disebabkan oleh hujan tanpa henti yang berlaku sepanjang malam sejak malam tadi, mengakibatkan paras air sungai di beberapa buah kawasan naik secara mendadak.

Dalam pada itu, Muhammad Rais berkata anggota bomba akan terus memantau situasi semasa dengan turun padang ke kawasan terjejas dan menasihati penduduk di kawasan yang berisiko banjir untuk peka akan arahan semasa daripada pihak berwajib.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Rangka manusia ditemui di kawasan semak
Next: Cek MRP RM3.1 juta diagihkan kepada 160 penerima

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.