Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 50 penuntut ditawarkan pekerjaan bersyarat – Petronas
  • TEMPATAN

50 penuntut ditawarkan pekerjaan bersyarat – Petronas

Utusan Sarawak 2 years ago
Antara peserta terdiri daripada pelajar dari pelbagai universiti tempatan menerima hadiah pada Majlis Penutupan Petronas BeDigital Bootcamp di salah sebuah terkemuka di Kuching, semalam.

KUCHING: Seramai 50 daripada 100 penuntut Institut Pengajian Tinggi (IPT) dI Sarawak menerima tawaran pekerjaan bersyarat daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) dan rakan program. 

Menerusi penganjuran Petronas BeDigital Bootcamp yang berlangsung buat julung kalinya di Sarawak selama 12 hari bermula 14 Ogos lalu hingga semalam di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Petronas telah melatih 100 penuntut dari enam IPT di Sarawak berkaitan kemahiran digital.

Enam universiti tempatan yang terlibat ialah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Universiti Swinburne, Universiti Curtin, Universiti Teknologi Sarawak (UTS), Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu (UPMKB).

Naib Presiden Kanan Petronas bagi Penyampaian Projek dan Teknologi Datuk Bacho Pilong berkata, program syarikat dengan Sarawak bertujuan membangunkan tenaga kerja bagi menyokong peralihan kepada ekonomi baharu pada masa depan. 

“Petronas percaya untuk mengekalkan kesinambungan masa depan kakitangan kami adalah melalui peningkatan kemahiran digital bukan sahaja di seluruh perusahaan, tetapi juga dalam kalangan komuniti di kawasan kami beroperasi, ke arah membangunkan kumpulan tenaga kerja yang diperkasakan secara digital.

“Sebagai syarikat tenaga nasional, kami akan terus bekerjasama dengan agensi kerajaan, pemain industri dan mendapatkan rakan kongsi dalam membangunkan tenaga kerja yang dinamik dengan kemahiran digital untuk Sarawak dan Malaysia,” katanya pada majlis penutup program BeDigital Bootcamp, semalam.

Katanya lagi, inisiatif sedemikian disediakan kepada para peserta bagi meningkatkan prospek pekerjaan setimpal kebolehpasaran selain memberi peluang kepada penuntut untuk menerokai bidang keusahawanan digital.

BeDigital Bootcamp edisi Sarawak menyaksikan penglibatan rakan program iaitu Tata Consultancy Services, Enfrasys Consulting Sdn Bhd, FPT Software dan SEDC Energy Sdn Bhd.

Turut mengambil bahagian ialah Sarawak Media Group, Sakura Ferroalloys, Schlumberger, Kumpulan LONGi, Sarawak Oil Palms Berhad, Bintulu Port Holdings Berhad dan Sarawak Energy Berhad.

Oleh Neenatul Aizal

Continue Reading

Previous: PDP, PSB dijangka bergabung Disember ini – Tiong
Next: Dana RM1.16 juta diperlukan untuk bekal elektrik ke Pusat Warisan Bung Bratak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.