Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 keluarga bakal lega setelah seringkali tertekan
  • WILAYAH

50 keluarga bakal lega setelah seringkali tertekan

Utusan Sarawak 2 years ago

TURUN PADANG... Joseph Chieng ketika meninjau keadaan di Lorong Hose.

SIBU: Kira-kira 50 keluarga seringkali terjejas akibat banjir boleh menarik nafas lega apabila sistem perparitan yang menelan kos sebanyak RM111,930.16 di sepanjang Lorong Hose di naik taraf .

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng berkata bagi membendung masalah banjir kilat di kawasan terbabit, Majlis Perbandaran Sibu (MPS) akan membina longkang konkrit sepanjang kira-kira 82 meter dan pembentung sepanjang 9.5 meter untuk menyambungkannya ke longkang utama di Jalan Persiaran Brooke.

“Masalah longkang di kawasan ini tidak bersambung dengan longkang utama di Jalan Persiaran Brooke. Pada masa ini hanya terdapat satu alur keluar iaitu longkang utama di seberang.

“Semasa hujan lebat, longkang tidak dapat mengalirkan air dengan laju sehingga menyebabkan banjir kilat berlaku,” jelasnya kepada pemberita.

Katanya, rancangan kini ialah untuk menaik taraf longkang dan menyambung ke longkang utama di Jalan Persiaran Brooke kerana ia lebih dekat.

Projek difahamkan akan mengambil masa sekitar empat bulan untuk disiapkan.

Oleh Akun Giman

Continue Reading

Previous: Kerja baik pulih unit rosak di Darul Hana diberi perhatian
Next: Niat pancing ikan, buaya pula sangkut pada mata kail

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.