Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 50 anggota IPD Miri terima penghargaan sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-218
  • Utara
  • WILAYAH

50 anggota IPD Miri terima penghargaan sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-218

Utusan Sarawak 2 months ago
KETUA Polis Daerah Alexson Naga Chabu bersama pegawai polis yang lain memotong kek sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-218 2025 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Miri, hari ini.

MIRI: Seramai 50 individu merangkumi pegawai dan anggota polis serta ahli Persatuan Keluarga Polis (PERKEP) menerima sijil penghargaan sempena sambutan peringatan Hari Polis ke-218 2025 peringkat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Daripada jumlah itu, 42 anggota polis mewakili pelbagai pangkat dan bahagian menerima sijil atas prestasi cemerlang yang dipamerkan sementara lapan ahli PERKEP turut menerima penghargaan.

Sijil penghargaan itu disampaikan oleh Ketua Polis Daerah Alexson Naga Chabu.

“Sempena dengan perhimpunan yang diadakan pagi ini,  saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pegawai kanan polis, semua pegawai rendah polis, dan semua pegawai awam yang menerima sijil penghargaan di atas segala tugas-tugas cemerlang, dan komitmen yang tinggi, ditunjukkan selama ini.

“Semoga dengan pengiktifan yang berikan semasa perhimpunan ini akan dapat menyuntik semangat, semua peringkat rendah polis, dan pegawai awam untuk sentiasa lebih produktif dalam melaksanakan tugas seharian,” katanya.

Oleh Liong Chai Ling

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Sibu: Dua PPS terakhir ditutup
Next: Peruntukan MRP RM10,000 sokong empat kelab IPD Meradong jalankan aktiviti tahun ini 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.