Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 494 tangki air diagihkan di DUN Lingga
  • WILAYAH

494 tangki air diagihkan di DUN Lingga

Utusan Sarawak 2 months ago
MANFAATKAN RAKYAT… Dayang Noorazah Awang Sohor serta yang lain merakam gambar semasa pengagihan tangki air sumbangan kerajaan Sarawak di Padang Futsal, Pekarangan Masjid Darul Hana Lingga, hari ini. Foto ADUN Lingga

LINGGA: Sebanyak 494 tangki air yang disumbangkan oleh kerajaan Sarawak akan diagihkan secara berperingkat kepada penduduk di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lingga, bermula hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lingga, Dayang Noorazah Awang Sohor berkata permohonan tangki air daripada penduduk pada 2021 itu melibatkan sebanyak 247 unit untuk kawasan Maludam dan Triso, 241 unit untuk kawasan Lingga serta enam unit tangki air untuk kawasan Sri Aman.

“Sumbangan tangki air itu melegakan kebimbangan penduduk ketika berdepan musim kemarau, khususnya bagi mereka yang tidak mempunyai tempat simpanan air.

“Saya berharap penerima bantuan tangki itu menggunakan kemudahan yang disalurkan itu dengan berhemah dan dapat memanfaatkan sepenuhnya kemudahan itu untuk kegunaan penduduk terutamanya ketika ketiadaan air,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melakukan simbolik pengagihan tangki air sumbangan kerajaan Sarawak di Padang Futsal, Pekarangan Masjid Darul Hana Lingga, hari ini.

AKAN DIAGIHKAN… Sumbangan tangki air itu akan diagihkan secara berperingkat kepada penduduk di DUN Lingga. Foto ADUN Lingga

Dayang Noorazah berkata, kerajaan Sarawak sentiasa peka dengan masalah yang dihadapi penduduk dan berusaha sedaya upaya untuk membantu rakyat.

“Penyerahan tangki air itu membuktikan komitmen kerajaan Sarawak dalam memastikan rakyat mendapat bekalan air secara konsisten. 

“Oleh itu, saya berharap masyarakat setempat menghargai sumbangan kerajaan Sarawak yang sentiasa berusaha memastikan rakyat hidup dalam keadaan selesa,” katanya.

Turut hadir ialah wakil dari Pejabat Daerah Lingga, Isabill Lipa Mungoz dan Mohamad Firdaus Jahar, Penghulu Wan Amit Wan Kamil serta penduduk sekitar.

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Cemas tanah runtuh di belakang rumah
Next: Kampung Gerigat rancak dibangunkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.