Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 477 terima Kenyalang Gold Card di Batu Kitang
  • TEMPATAN

477 terima Kenyalang Gold Card di Batu Kitang

Utusan Sarawak 5 years ago
LO (tengah) menyerahkan ‘Kenyalang Gold Card’ kepada salah seorang penerima sebagai Simbolik Penyerahan di SUPP Cawangan Batu 10.

KUCHING: Seramai 477 warga emas bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu kitang  menerima ‘Kenyalang Gold Card’ masing-masing daripada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) Cawangan Batu 10.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang Lo Khere Chiang berkata dengan kad tersebut, pemegang kad atau warga emas di Sarawak akan dapat menikmati pelbagai keistimewaan termasuk tawaran diskaun ketika membeli barangan dan menggunakan perkhidmatan tertentu.

“Kad ini adalah sesuatu yang bernilai kerana ia memberi banyak kemudahan kepada pemegang kad tersebut.

“Contohnya, jika berlaku kematian, waris kepada pemegang kad tersebut bantuan sebanyak RM3,000 akan diberikan kepada waris terlibat melalui pemberian bantuan ihsan kematian,” katanya ketika ditanya pemberita selepas Simbolik Penyerahan ‘Kenyalang Gold Card’ di SUPP Cawangan Batu 10, di sini, kelmarin.

Pada majlis tersebut, Lo menyerahan kad “Kenyalang Gold Card, kepada 10 wakil penerima sebagai simbolik penyerahan manakala selebih akan lebih akan diserakan secara berperingkat

Beliau dalam pada itu turut menyeru rakyat khususnya dikawasan DUN Batu Kitang untuk terus memberi sokongan kepada kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Katanya,Kerajaan GPS dibawah pimpinan Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg  sentiasa memberi keutamaan kepada kebajikan serta usaha meningkatkan taraf kehidupan dan pendapatan rakyat di negeri ini.

Menurutnya, setiap ADUN diberi peruntukan sebanyak RM1 juta setahun untuk membantu penduduk-penduduk tempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (ADUN) masing-masing.

“Contohnya, melalui program fasilitasi pertanian yang diperkenalkan pada tahun ini, setiap pekebun diberikan bantuan maksima RM5,000 untuk projek tanaman cili, sayur, durian, menternak ayam serta ikan selain turut menyediakan peruntukan untuk membina jalan ke kebun bagi membolehkan hasil tersebut dibawa keluar seterunya dipasarkan.

“Untuk penduduk rumah panjang pula, kerajaan menyediakan bantuan berupa pinjaman tanpa faedah berjumlah RM50,000 kepada setiap keluarga untuk tujuan  membina semula membaik pulih rumah panjang mereka,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi SUPP Cawangan Batu 10, Chin Hon Jun; Penghulu Lin Eng Huat dan kaunselor Shirley Pui.

Oleh Cheryl Law

Continue Reading

Previous: Penumpang kapal tunda terperangkap
Next: Petronas iktiraf hak Sarawak

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.