Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 46,393 terima BKC TBS
  • TEMPATAN

46,393 terima BKC TBS

Utusan Sarawak 4 years ago
TIMBALAN Pengurus Besar Baitulmal Sarawak,Bolhassan Iskandar Taibi menyampaikan sumbangan Bantuan Kasih Kenyalang Tabung Baitulmal Sarawak kepada Ketua Kaum Rajidin Narawi pada majlis penyerahan bantuan ke kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kampung Tanjung Bako, Samarahan semalam. • Foto ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS) telah mengagihkan sebanyak RM2,145,159.00 Bantuan Khas Covid-19 kepada 46,393 penerima setakat 31 Ogos 2021.

Pengurus Besar TBS, Datu Abang Mohd Shibli  Abang Mohd Nailie berkata, untuk tahun lalu pula, bermula Mac hingga 31 Disember sebanyak RM8,111,602.00  telah diagihkan kepada 54,081 penerima bagi bantuan yang sama.

 “Manakala, bantuan TBS sepanjang tahun, sehingga 31 Ogos 2021, sebanyak RM31.4 juta hasil kutipan zakat telah diagihkan kepada asnaf yang berhak melalui tiga program utamanya iaitu Program Mengukuhkan Tradisi Keilmuan, Program Membangunkan Institusi Islam dan Program Memantapkan Kebajikan Ummah,” katanya.

Dalam pada itu, TBS yang diwakili oleh Timbalan Pengurus Besar, Bolhassan Iskandar Taibi telah menganjurkan sesi penyerahan bantuan Kasih Kenyalang Tabung Baitulmal Sarawak kepada kawasan yang dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD ) di Kampung Tanjung Bako.

Program ini adalah satu inisiatif TBS melalui prasarana Ummah Distribution Centre (UDC) dalam pengagihan bantuan makanan kepada kawasan yang dikenakan PKPD.

Dalam majlis tersebut, sebanyak 220 bungkus makanan telah diagihkan bagi membantu meringankan beban penduduk yang terkesan.

Sehubungan itu, masyarakat juga diseru untuk turut bersama dengan TBS dalam menjayakan program yang akan datang dengan menyumbang dalam bentuk kewangan ataupun makanan.

“Masyarakat Islam yang ingin menyumbang, bolehlah berbuat demikian dengan menyalurkan di Ummah Distribution Centre, Medan Hamidah, Kuching atau secara atas talian melalui Portal Pelanggan, Baitulmal Kamek,” ujarnya.

Oleh NUR AIN OTSMAN

Continue Reading

Previous: Pelajar wajar divaksinasi
Next: Dua pelajar UNIMAS terima anugerah

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.