Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • BISNES
  • 43,206 usahawan dapat manfaat TEKUN Nasional
  • BISNES

43,206 usahawan dapat manfaat TEKUN Nasional

Utusan Sarawak 5 years ago

KUALA LUMPUR, 14 Sept -- Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada sidang media selepas Majlis Pelancaran Sistem Ujian Psikometrik Usahawan Nasional (MyNEPT) di Menara Kembar Bank Rakyat Kuala Lumpur, hari ini.
-- fotoBERNAMA (2020) HAK CIPTA TERPELIHARA


“Kementerian mengambil maklum sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 ini telah menjejaskan perniagaan usahawan mikro dan informal khususnya penjaja dan peniaga kecil.”–Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) — Sebanyak 43,206 usahawan pelbagai sektor perniagaan telah mendapat manfaat pembiayaan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN Nasional) bernilai RM451.36 juta bagi tempoh pandemik Covid-19 bermula Mac lepas hingga 18 Oktober 2020.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC), Datuk Seri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata TEKUN Nasional telah menerima sejumlah RM300 juta daripada kerajaan melalui Pakej PRIHATIN-PKS dan Pelan Jana semula Ekonomi Negara (PENJANA).

Ini disalurkan sebagai pembiayaan mudah kepada usahawan yang terjejas menerusi program Covid Business Recovery – Micro (CBRM) dan TEKUN Business Recovery Scheme (TBRS), katanya.

“Kementerian mengambil maklum sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19 ini telah menjejaskan perniagaan usahawan mikro dan informal khususnya penjaja dan peniaga kecil.

“Justeru itu, kementerian telah mengeluarkan pelbagai bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, melalui agensi pelaksananya seperti TEKUN Nasional, SME Corp, SME Bank dan Bank Rakyat,” katanya di Dewan Rakyat semalam.

Beliau menjawab soalan Sabri Azit (PAS-Jerai) mengenai jumlah bantuan yang telah dikeluarkan bagi membantu penjaja kecil sepanjang tempoh Covid-19.

Selain itu, Wan Junaidi berkata, agensi di bawah kementerian itu, SME Corp turut menyediakan bantuan pembiayaan dan pembangunan untuk usahawan Bumiputera termasuk Program Tunas Usahawan Belia Bumiputera (TUBE) di bawah inisiatif PENJANA.

“Bantuan diberikan dalam bentuk latihan dengan geran memulakan perniagaan sehingga maksimum RM15,000 dan pemantauan perniagaan untuk tempoh selama 12 bulan.

“Bagi tahun ini (setakat September), seramai 765 peserta telah menyertai program ini,” katanya. – Bernama

Continue Reading

Previous: SOPPOA senarai 10 hasrat untuk dipertimbangkan dalam Belanjawan 2021
Next: Penetapan destinasi, laluan RAS berdasar kriteria PSO

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.