Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 40 PPS masih dibuka setakat pagi ini
  • SEMASA

40 PPS masih dibuka setakat pagi ini

Utusan Sarawak 3 months ago

KUCHING: Sebanyak 40 pusat pemindahan sementara (PPS) masih aktif di beberapa bahagian di Sarawak susulan kejadian banjir yang melanda negeri itu.

Jumlah mangsa yang terjejas kini mencecah 9,039 orang daripada 2,668 keluarga.

Menurut laporan terkini pada 8.00 pagi, bahagian yang paling terjejas ialah Bintulu dengan sembilan PPS aktif, menempatkan 4,492 mangsa.

Miri turut mencatatkan jumlah tinggi dengan 12 PPS aktif dan 1,406 mangsa. Bahagian lain yang masih mempunyai PPS aktif ialah Serian (7), Samarahan (4), Sibu (5), dan Mukah (3).

Berdasarkan laporan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) MTL Negeri Sarawak, jumlah mangsa banjir menunjukkan trend penurunan.

Tiada PPS baharu dibuka dan tiada PPS ditutup dalam tempoh 24 jam yang lalu.

Bagaimanapun, jumlah PPS aktif berkurang daripada 41 kepada 40, menunjukkan keadaan banjir semakin pulih secara berperingkat.

Oleh Amanda L.

Tags: SEMASA

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Jumlah mangsa di PPS kini 9,519 orang
Next: Orang ramai disaran tangguh aktiviti pendakian di Tumbina  

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.