Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 murid, guru dan warden sertai latihan pengungsian kebakaran di SK Ulu Naman
  • Tengah
  • WILAYAH

40 murid, guru dan warden sertai latihan pengungsian kebakaran di SK Ulu Naman

Utusan Sarawak 7 hours ago
ANTARA pengisian aktiviti warga SK Ulu Naman dan pihak bomba semalam. Foto BBP Bintangor

JULAU: Seramai 40 murid termasuk guru dan warden Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Naman menyertai latihan pengungsian bangunan dan ceramah kesedaran keselamatan kebakaran yang diadakan di sekolah berasrama tersebut semalam.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintangor, Mahmudin Narudin berkata, latihan tersebut bertujuan meningkatkan tahap kesiapsiagaan penghuni asrama dalam menghadapi situasi kecemasan khususnya kebakaran.

“Latihan ini penting bagi memastikan pelajar, guru dan warden memahami prosedur pengungsian bangunan serta tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku kecemasan.

“Latihan yang bermula sekitar 9.00 malam tersebut diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan (PBK) I Mijan Pamin bersama sepasukan anggota bomba,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Tambahnya, latihan pengungsian dilaksanakan dengan kerjasama pihak sekolah bagi memberi pendedahan praktikal kepada penghuni asrama mengenai langkah keselamatan kebakaran.

“Selain latihan pengungsian bangunan, satu taklimat ringkas kesedaran keselamatan kebakaran turut disampaikan kepada semua peserta yang terlibat.

“Pendekatan latihan secara praktikal amat penting bagi memastikan setiap penghuni sekolah lebih bersedia dan tidak panik sekiranya berlaku insiden kebakaran sebenar.

“Kesedaran awal mengenai keselamatan kebakaran mampu membantu mengurangkan risiko kemalangan dan memastikan proses menyelamat dapat dilaksanakan dengan lebih teratur,” katanya.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: SK Sayed Othman dijangka siap Jun, atasi kesesakan pelajar di Miri
Next: Perayaan Perahu Naga erat hubungan masyarakat dan pemimpin di Sarikei

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.