Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Perayaan Perahu Naga erat hubungan masyarakat dan pemimpin di Sarikei
  • Tengah
  • WILAYAH

Perayaan Perahu Naga erat hubungan masyarakat dan pemimpin di Sarikei

Utusan Sarawak 6 hours ago
SUMBANGAN… Dato’ Sri Huang Tiong Sii menyerahkan sumbangan kepada  Persatuan Kwong Wai Siew. Foto Pusat Khidmat Repok

SARIKEI: Sambutan perayaan Perahu Naga anjuran Persatuan Kwong Wai Siew di Jalan Kwong Ming menjadi platform penting memperkukuh hubungan antara pemimpin dan masyarakat setempat selain memelihara warisan budaya masyarakat Cina di daerah ini.

Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi, Dato’ Sri Huang Tiong Sii berkata, perayaan tersebut bukan sahaja melambangkan semangat perpaduan, malah mencerminkan nilai kesetiaan dan cintakan negara dalam masyarakat.

“Persatuan Kwong Wai Siew memainkan peranan penting dalam menyatukan masyarakat serta menjadi jambatan antara rakyat dan kerajaan.

“Kerajaan sentiasa memberi perhatian terhadap pembangunan luar bandar merangkumi aspek infrastruktur, pendidikan dan peluang ekonomi.

“Selain itu, kerjasama erat antara kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) amat penting bagi memastikan setiap perancangan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan,” katanya.

DATO‘ Sri Huang Tiong Sii bergambar bersama masyarakat setempat. Foto Pusat Khidmat Repok

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perjumpaan dan sesi ramah mesra bersama masyarakat setempat sempena sambutan tersebut, semalam.

Tiong Sii yang juga Ahli Parlimen Sarikei dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Repok turut meluangkan masa beramah mesra dengan ahli persatuan dan penduduk setempat.

Katanya, pembangunan infrastruktur yang dilaksanakan kerajaan Sarawak terus memberi impak positif kepada pertumbuhan ekonomi di kawasan Sarikei dan sekitarnya.

“Kejayaan pembinaan Jambatan Tanjung Manis ke Sarikei menjadi pemangkin kepada pertumbuhan ekonomi setempat.

“Ia sekali gus menarik kedatangan penduduk luar ke Sarikei.

“Kejayaan tersebut turut didorong oleh kebijaksanaan kepimpinan kerajaan Sarawak, termasuk visi Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, khususnya dalam pelaksanaan projek pembinaan jambatan di seluruh Sarawak termasuk di Sarikei,” katanya.

Pada majlis sama, beliau turut menyerahkan sumbangan sebanyak RM10,000 kepada Persatuan Kwong Wai Siew sebagai sokongan kepada pelaksanaan aktiviti persatuan pada masa akan datang.

Oleh Earl Anek

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 40 murid, guru dan warden sertai latihan pengungsian kebakaran di SK Ulu Naman
Next: Kevin tampil beri keterangan polis isu video ‘Sarawak buta sejarah’

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.