Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 40 guru sertai kursus kepengadilan ping pong
  • WILAYAH

40 guru sertai kursus kepengadilan ping pong

Utusan Sarawak 2 years ago

TERIMA KASIH… Timbalan Pegawai PPD Sibu, Kong Chiong Hui (tengah) menyampaikan cenderahati kepada Tan (kiri).



 

SIBU: Seramai 40 guru sekolah rendah dan menengah telah mengambil bahagian dalam Kursus Kepengandilan Ping Pong Peringkat Negeri 2023 di SJK (C) Thai Kwang.

Kursus kendalian Pengerusi Teknik Sukan Ping Pong Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sibu dan pengadil antarabangsa sukan ping pong, Syvester Tan Chiang Wei bertujuan memberi pengetahuan asas mengenai kepengadilan sukan ping pong yang menjadi salah satu sukan yang popular di peringkat kebangsaan.

Selain itu, kursus juga bagi memberi satu pendekatan dan usaha untuk memastikan guru-guru mempunyai satu pentauliahan dalam bidang sukan.

Selaras dengan MSS Sibu, MSS Sarawak serta MSS Malaysia yang bakal berlangsung di Sibu pada 2023, guru dapat memberi pengalaman dan pendedahan mengenai pengendalian pertandingan sukan ping pong secara terperinci.

Kursus yang dijalankan termasuk bahagian teori serta praktikal bagi menyediakan guru dalam menguasai ilmu serta pendedahan tentang kepengadilan sukan ping pong. 

Semua bahan yang didedahkan kepada guru termasuk nota serta video adalah daripada ITTF (International Table Tennis Federation). 

Guru yang menyertai kursus akan menduduki Ujian Teori Pengadil Ping Pong Peringkat Negeri pada 27 Mei ini di Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Thai Kwang.

Oleh AKUN GIMAN

Continue Reading

Previous: Pembinaan pasar di Tebingan Sungai Rajang bakal ubah sosioekonomi penduduk
Next: ADUN Meradong kunjungi Timbalan Residen Sarikei sempena Aidilfitri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.