Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 4 pelajar maut, dinding tangki air sekolah runtuh di Jawa Tengah
  • GLOBAL

4 pelajar maut, dinding tangki air sekolah runtuh di Jawa Tengah

Utusan Sarawak 3 weeks ago

Pasukan penyelamat daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Magelang bersama agensi kecemasan lain digerakkan ke lokasi kejadian. - X: @gontornews

JAKARTA: Empat pelajar maut, manakala 11 lagi cedera selepas dinding tangki simpanan air runtuh di sebuah sekolah berasrama penuh Islam di Jawa Tengah, Indonesia, menurut pegawai pada Jumaat.

Insiden berlaku kira-kira 10.30 pagi waktu tempatan pada Jumaat di Pondok Modern Darussalam Gontor di Kabupaten Magelang, ketika pelajar sedang bersiap untuk mandi sebelum memulakan aktiviti persekolahan.

“Seramai 29 pelajar terlibat dalam kejadian itu. Daripada jumlah itu, 25 berjaya diselamatkan, namun 11 orang mengalami kecederaan dan dihantar ke pusat kesihatan berdekatan.

“Empat pelajar lain tertimbus di bawah runtuhan,” kata jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB), Abdul Muhari dalam satu kenyataan.

Pasukan penyelamat daripada Badan Pengurusan Bencana Daerah (BPBD) Magelang bersama agensi kecemasan lain telah digerakkan ke lokasi kejadian.

“Semua mangsa berjaya dikeluarkan satu demi satu iaitu yang pertama pada 6.00 petang, kedua pada 7.20 malam, ketiga pada 8.00 malam, dan keempat pada 11.20 malam pada hari sama,” katanya.

Satu pasukan gabungan termasuk kakitangan sekolah sedang meneruskan kerja-kerja pembersihan serpihan runtuhan, sementara siasatan mengenai punca kejadian masih dijalankan. – Bernama.

Continue Reading

Previous: 4 terbunuh, lebih 500 cedera dalam letupan pelabuhan Iran
Next: Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.