SERIAN: Seramai 39 penerima telah menerima surat makluman projek bagi Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2025 untuk kawasan Tarat, sementara dua lagi menerima cek bagi projek khas.
Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Dato Sri Roland Sagah Wee Inn berkata, projek RTP yang telah diluluskan melibatkan jumlah keseluruhan sebanyak RM5 juta.
Sementara itu, dua lagi cek bagi projek khas berjumlah RM70,000.
“Sebarang kelewatan atau masalah sepanjang pelaksanaan projek perlu dilaporkan segera kepada agensi pelaksana,” kata Roland.
Roland yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tarat menyempurnakan majlis penyerahan berkenaan di Pusat Khidmat DUN Tarat, kelmarin.
Semua penerima, menurut Roland, terdiri daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), kelab serta persatuan.
Turut hadir, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Damen Rejek, Penghulu Voon Min Sen, dan Penghulu Nobert Nuom Layon.