Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 37 pelajar, dua guru cedera diserang pengawal
  • GLOBAL

37 pelajar, dua guru cedera diserang pengawal

Utusan Sarawak 5 years ago
SERAMAI 37 pelajar cedera ringan sementara dua guru mengalami kecederaan teruk selepas
diserang lelaki bersenjatakan sebilah pisau di Sekolah Rendah Pusat Wangfu, China semalam.• Foto AFP

BEIJING: Seramai 37 pelajar dan dua guru cedera selepas diserang seorang lelaki bersenjatakan sebilah pisau di Sekolah Rendah Pusat Wangfu di selatan China semalam.

Menurut pihak berkuasa, penyerang berusia 50 tahun tersebut dikenal pasti bertugas sebagai pengawal keselamatan di sekolah berkenaan.

Katanya, kejadian itu berlaku pada jam 8.30 pagi ketika murid-murid baharu tiba di sekolah.

“Seramai 37 pelajar mengalami cedera ringan sementara dua guru mengalami kecederaan teruk.

“Semua mangsa telah dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan tiada kematian dilaporkan.

“Suspek kini berada di dalam tahanan dan motif kejadian masih disiasat,” katanya.

Beberapa buah sekolah di China baru dibuka pada bulan Mei selepas ditutup selama berbulan-bulan berikutan wabak koronavirus (Covid-19). – AFP

Continue Reading

Previous: Los Angeles county tarik balik perintah berkurung
Next: Korban global cecah 393,000

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.