Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • PENDIDIKAN
  • 37 pelajar Daro terima Insentif Kemasukan IPT
  • PENDIDIKAN

37 pelajar Daro terima Insentif Kemasukan IPT

Utusan Sarawak 6 hours ago
DR SAFIEE merakam kenangan bersama para penerima Sumbangan Insentif Kemasukan IPT di Pusat Khidmat DUN Daro, petang semalam.

DARO: Seramai 37 pelajar dari kawasan DUN Daro menerima Sumbangan Insentif Kemasukan Institut Pengajian Tinggi (IPT) sebagai dorongan untuk melanjutkan pengajian dan membina masa depan yang lebih cerah.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Daro, Dr Safiee Ahmad berkata, pendidikan merupakan jalan terbaik untuk mengubah taraf hidup serta membuka peluang masa depan yang lebih cerah kepada generasi muda.

Beliau menasihatkan para penerima supaya memanfaatkan peluang yang diberikan dengan belajar bersungguh-sungguh, berdisiplin dan sentiasa meletakkan pendidikan sebagai keutamaan.

“Gunakan peluang yang ada dengan sebaik-baiknya. Kejayaan dalam pelajaran bukan sahaja mampu mengubah kehidupan diri sendiri, malah mampu mengangkat martabat dan mengubah nasib keluarga pada masa hadapan,” katanya pada majlis penyerahan insentif tersebut di Pusat Khidmat DUN Daro, petang semalam.

Dr Safiee turut mengingatkan para pelajar agar tidak mudah berputus asa dalam menghadapi cabaran sepanjang tempoh pengajian dan sentiasa mengekalkan semangat untuk mencapai kejayaan.

Katanya, inisiatif Pendidikan Tinggi Percuma yang diumumkan kerajaan Sarawak membuka ruang yang lebih luas kepada anak-anak Sarawak untuk melanjutkan pelajaran tanpa dibebani kekangan kewangan.

“Langkah itu sekali gus memastikan lebih ramai pelajar berpeluang menyambung pengajian ke peringkat IPT dan tidak tercicir daripada arus pendidikan,” ujarnya.

Program Insentif Kemasukan Pelajar IPT itu telah dilaksanakan secara konsisten sejak 2016 sebagai tanda sokongan dan motivasi kepada anak-anak Daro agar terus cemerlang dalam bidang pendidikan.

Sejak diperkenalkan, program berkenaan telah memberi manfaat kepada seramai 605 pelajar dengan jumlah keseluruhan sumbangan sebanyak RM149,250.

Bagi tahun ini, seramai 37 pelajar menerima insentif berjumlah RM9,100.

Majlis turut dihadiri ahli-ahli Lembaga Amanah Kebajikan Melayu Daro (LAKMD), ibu bapa serta keluarga para penerima yang hadir memberikan sokongan kepada anak-anak yang bakal memulakan perjalanan baharu dalam dunia pendidikan.

Oleh Akun Giman

Tags: PENDIDIKAN

Continue Reading

Previous: KPT sentiasa teliti penawaran kursus IPT bagi pastikan kebolehpasaran graduan
Next: Pendidikan perlu sokongan menyeluruh semua pihak – Dr Safiee

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.