Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 350 warga emas di Sibu terima sumbangan STM Lottery  
  • Tengah
  • WILAYAH

350 warga emas di Sibu terima sumbangan STM Lottery  

Utusan Sarawak 4 months ago
LING menyampaikan angpau dan hamper kepada salah seorang penerima sumbangan daripada STM Lottery Sdn Bhd, hari ini. 

SIBU: Seramai 350 warga emas yang kurang berkemampuan menerima sumbangan angpau dan hamper daripada STM Lottery Sdn Bhd hari ini sempena Kempen Derma Angpao Tahun Baharu Cina Sports Toto ke-38.

Majlis penyampaian sumbangan tersebut diadakan di bangunan Persatuan Foochow Sibu dan telah disempurnakan oleh Ahli Parlimen Sibu, Oscar Ling.

Kempen ini merupakan inisiatif nasional yang bertujuan memberikan sokongan kepada lebih 19,000 warga emas kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.

Program yang berlangsung selama enam hari bermula pada 16 Januari lalu ini diadakan di 50 bandar dan pekan, khusus untuk individu warga emas berusia 60 tahun ke atas yang memerlukan bantuan.

Sejak kempen derma ini dimulakan pada tahun 1988, STM Lottery telah menyumbang lebih RM26.95 juta yang memanfaatkan lebih 474,550 warga emas di seluruh negara.

Kempen ini juga sejajar dengan Tanggungjawab Sosial Korporat STM Lottery serta nilai Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) melalui program Helping Hands yang mencerminkan kebijaksanaan dan ketabahan yang disimbolkan oleh Tahun Ular.

Selain daripada derma semasa perayaan, program ini turut menyokong pembangunan sukan negara serta pelbagai projek kelestarian sosial, termasuk penajaan sukan, inisiatif bank makanan, dan kempen pemeliharaan alam sekitar.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Wartawan penghubung kerajaan, rakyat
Next: SAR cari lelaki dipercayai terjatuh ke dalam Sungai Rajang, masuk hari ketiga

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.