329,414 guru, 1.5 juta murid terima latihan AI – Fadhlina

Facebook
WhatsApp
MENTERI Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek menjawab soalan pada Waktu Pertanyaan-pertanyaan Menteri sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR, 29 Oktober: Sebanyak 329,414 guru menerima latihan kecerdasan buatan (AI) setakat ini selain 27 bilik darjah rintis berkuasa AI (AI–Powered Classroom) telahdiwujudkan bagi memperkukuh integrasi teknologi itu ke dalam sistem pendidikan negara.

Menteri Pendidikan Datuk Seri Fadhlina Sidek berkata inisiatif itu sebahagian daripada komitmen berterusan Kementerian Pendidikan (KPM) dalam memastikan warga pendidik bersedia mendepani ekosistem digital secara beretika dan terkawal menerusi platform DELIMa 2.0.

Beliau berkata pendedahan kepada AI akan dilaksanakan secara berterusan sehingga latihan kepada semua guru selesai.

“Pada masa sama, sebanyak 1.5 juta murid telah diberikan pendedahan berkaitan bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), pengaturcaraan, robotik serta inovasi digital.

“Bagi murid di kawasan pedalaman dan luar bandar yang berhadapan cabaran digital, kita memperkenalkan kaedah pembelajaran luar talian (offline) bagi membolehkan latihan diteruskan tanpa terjejas oleh isu capaian Internet,” katanya pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Fadhlina menjawab soalan Mohd Nazri Abu Hassan (PN-Merbok) mengenai perancangan KPM mengintegrasikan literasi AI dalam silibus persekolahan melalui Panduan Literasi AI termasuk aspek latihan guru, penyediaan kemudahan digital dan pembangunan bakat muda.

Selain itu, beliau berkata asas AI akan diperkenalkan secara rasmi dalam mata pelajaran teknologi digital di sekolah rendah menerusi Kurikulum Persekolahan 2027 sebelum diperkukuh pada peringkat sekolah menengah.

Beliau berkata penekanan kurikulum itu bukan sekadar dari aspek teknikal, sebaliknya membina pemikiran kritis murid dalam mendepani era digital.

“Anak-anak mesti belajar menyemak fakta, mempersoalkan jawapan yang meragukan dan menggunakan pertimbangan yang sewajarnya,” katanya.

Menyentuh soal intervensi, Fadhlina berkata tumpuan turut diberikan kepada peringkat awal di dalam kelas oleh guru dan disusuli Majlis Intervensi Pembelajaran serta inisiatif sokongan seperti Program Anak Kita yang dijalankan bersama dengan Kementerian Kewangan.- Bernama

Kata Ditulis, Jiwa Dieja

GUMPALAN kata yang ditulis dalam sesebuah sajak merupakan bingkisan suara hati insan yang lirih. Seolah-olah ada resah yang mahu keluar