Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 32 kanak-kanak dapat khidmat gunting rambut percuma, wang saku sekolah
  • Tengah
  • WILAYAH

32 kanak-kanak dapat khidmat gunting rambut percuma, wang saku sekolah

Utusan Sarawak 3 months ago

SIBU: Penjara Pusat Sibu (PPS) telah melaksanakan Program Gunting Rambut Percuma bertempat di Dewan Kakitangan PPS, hari ini.

Penganjuran program tersebut bersempena kemasukan sesi akademik persekolahan 2025 untuk anak-anak kakitangan.

Seramai 32 orang anak-anak kakitangan mendapatkan khidmat gunting rambut percuma.

Program tersebut mendapat kerjasama dari Persatuan Isteri, Anak-anak dan Anggota Wanita Penjara Malaysia (PERSIAP) Cawangan PPS.

Bermula 9.00 pagi sehingga 1.00 petang melibatkan tiga tukang gunting yang dijemput khas, anak-anak yang terlibat juga telah diberikan sedikit sumbangan sebagai wang saku sekolah.

Pengarah PPS, Mohd Rusli Abd Rahman telah menyempurnakan program tersebut.

Turut hadir, Pengerusi PERSIAP Cawangan PPS Salbiah Hassan.

Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengah hari untuk ahli jawatankuasa yang terlibat.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Kemaskini: Polis kenal pasti mayat terapung
Next: Kereta terbakar, dua anggota tentera berjaya selamatkan diri

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.