INI DIA …Dato’ Sri Dr.Sim Kui Hian menunjukkan teks penggulungan pada hari ke-7 Mesyuarat Kedua Penggal Pertama Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak.• Foto HERRIEY NAHA
KUCHING: Seramai 318 pemohon telah mendapat manfaat daripada Skim Bantuan Deposit Perumahan (HDAS) yang menawarkan RM10,000 sebagai bayaran deposit pendahuluan kepada pembeli rumah pertama.
Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Dato’ Sri Dr. Sim Kui Hian berkata, inisiatif ini telah menyediakan wang tunai bantuan kepada pemohon yang layak dengan memberi geran sehingga RM10 ribu untuk rumah tersebut bayaran deposit pendahuluan.
“Di Bawah Bajet Sarawak 2022, peruntukan sebanyak RM10 juta telah telah diluluskan melalui kementerian saya untuk Mutiara Mortgage and Credit Sdn Bhd melaksanakan inisiatif ini dan memberi manfaat kepada seramai 1,2000 pembeli rumah kali pertama di Sarawak,”katanya dalam ucapan penggulungan kementeriannya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak Ke-19 pada Rabu.
Jelas beliau, sehingga kini 15 pemaju swasta telah berdaftar dan telah mengambil bahagian dalam inisiatif HDAS.
“Setakat 30 April 2022, Mutiara Mortgage telah meluluskan 318 permohonan berjumlah RM2.3 juta.
“…Dan daripada 318 pemohon, 236 pemohon adalah HDC pembeli rumah dengan jumlah nilai geran berjumlah RM1.49 juta dan 82 pemohon adalah pembeli rumah pemaju swasta di mana jumlah nilai geran ialah RM810,962.”
Mengulas lanjut, Dr Sim berkata, sebanyak RM8 juta juga telah diperuntukkan kepada Mutiara Mortgage dari kerajaan negeri untuk memberi bantuan pinjaman kepada pembeli rumah daripada golongan berpendapatan rendah (B40) dan (M40).
“Mutiara Mortgage telah meluluskan sejumlah RM68.5 juta melibatkan 1,259 pembeli rumah dan telah mengeluarkan sebanyak RM38.3 juta kepada 887 pemohon yang berjaya.
“Setakat 30 April 2022, Mutiara Mortgage mencatatkan sifar tunggakan daripada peminjam,” ujar Dr Sim.
Oleh AZREEN KERIA