Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 31 ditahan leka minum, langgar PKPB
  • TEMPATAN

31 ditahan leka minum, langgar PKPB

Utusan Sarawak 5 years ago
TERTANGKAP… Akibat leka berhibur pada masa sama melanggar PKP, 31 orang telah ditangkap di sebuah kafe muzik bertempat di Green Heights, semalam.

CONNIE CHIENG

KUCHING: Seramai 31 orang tertangkap ketika sedang leka minum di sebuah kafe muzik bertempat di Green Heights pada Jumaat (15 Mei) lalu.  

Hasil serbuan pihak polis sekitar 9.00 malam ke atas kafe berkenaan, 21 lelaki dan 10 wanita dalam lingkungan umur 15 hingga 55 tahun ditangkap mendapati kesemua wanita dan dua lelaki adalah orang asing yang mana tujuh (7) daripada mereka tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sarawak, SAC Denis Leong berkata, serbuan dibuat ke atas kafe muzik  di Green Heights kerana didapati beroperasi sekali gus tidak mengendahkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) serta tidak mematuhi arahan daripada ketua pengarah kesihatan.

Beliau memberi amaran bahawa pihak polis dan semua agensi berkaitan akan mengambil tindakan untuk memastikan semua pihak mematuhi arahan yang telah ditetapkan.

Semua yang tertangkap dirujuk di bawah Seksyen 269 Kanun Keseksaan, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen.

Selain, Peraturan 3 dan Peraturan 15(1) Akta Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengisytiharan Kawasan Tempatan Jangkitan)(No.6) Peraturan 2020.

Continue Reading

Previous: RM6 juta pampasan kepada 58 pemilik tanah
Next: Sarang serangga berbisa dimusnahkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.