Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 3,000 peserta hadir larian amal banjiri Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I
  • Tengah
  • WILAYAH

3,000 peserta hadir larian amal banjiri Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I

Utusan Sarawak 3 weeks ago
LEPAS… Rev Bonnie Sedau (kiri) dan Rev Dr Lau Hui Ming (kanan) bersama-sama melepaskan peserta Larian Amal Methodist di Sibu, hari ini.
 

SIBU: Lebih 3,000 peserta membanjiri Dataran Tun Tuanku Bujang Fasa I di sini hari ini, bagi menyertai Larian Amal Methodist sempena sambutan ulang tahun ke-140 Metodisme di Malaysia.

Larian yang dianjurkan oleh Gereja Methodist ini menawarkan tiga kategori iaitu 2 kilometer (KM), 5 KM dan 10 KM, dengan setiap peserta membawa pulang pingat sejurus menamatkan larian.

Presiden Persidangan Tahunan Cina Gereja Methodist Sarawak (SCAC), Rev Dr Lau Hui Ming dan Presiden Persidangan Tahunan Iban Sarawak, Rev Bonnie Sedau, bersama-sama melepaskan peserta larian dalam suasana penuh semangat.

Acara serentak turut diadakan di Kota Kinabalu, Miri, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur, dengan penyertaan keseluruhan kira-kira 14,000 peserta di seluruh negara.

Gerakan Methodist, yang berakar pada prinsip iman, disiplin dan khidmat sejak 1885, terus berkembang pesat di Malaysia, menyatukan pelbagai kaum melalui perkhidmatan dalam bahasa Inggeris, Tamil, Iban dan Cina.

Sambutan ulang tahun kali ini memperlihatkan kekuatan perpaduan dan kepedulian masyarakat yang menjadi tunjang Metodisme di negara ini.

Oleh Tarani Lanting

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Penerbitan surat khabar berkurangan, peranan wartawan terus relevan
Next: Sarawak Traffic Games – Sarikei 2025 buka lembaran baharu didik generasi muda

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.