Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 3,000 penduduk banjiri pekan Roban meriahkan perarakan Jontoi
  • Tengah
  • WILAYAH

3,000 penduduk banjiri pekan Roban meriahkan perarakan Jontoi

Utusan Sarawak 2 months ago
SAMBUTAN Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban petang semalam. Foto Roban Chinese Temple Charitable Association

ROBAN: Sekitar 3,000 penduduk telah hadir menyaksikan ‘perarakan Jontoi’ bersempena Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban dekat sini petang semalam.

Sebanyak 42 persatuan (kontinjen) dari Kuching, Sri Aman, Betong, Spaoh, Debak, Saratok, Sarikei dan Sibu telah menyertai perarakan sejauh lima kilometer (km) itu.

PENYERTAAN… Sebanyak 42 kontinjen dari Kuching, Sri Aman, Betong, Spaoh, Debak, Saratok, Sarikei dan Sibu telah menyertai perarakan sejauh lima kilometer itu. Foto Roban Chinese Temple Charitable Association

Namun hanya dua daripada kontinjen dari Kanowit dan Song tidak menyertai disebabkan bencana banjir sedang berlaku di kedua-dua kawasan terbabit.

Perarakan ini terlebih dahulu dimulakan dengan upacara keagamaan di Tokong Guan Ze Zun Wang Roban dalam kalangan penduduk kaum Cina yang mengendali acara itu bermula 6.00 petang.

PERARAKAN bermula dari Tokong Guan Ze Zun Wang Roban berarak menuju ke sekitar Pekan Roban dan berpatah balik semula ke tokong tersebut. Foto Roban Chinese Temple Charitable Association

Kesemua kontinjen bersama kereta berhias memulakan perarakan dari Tokong Guan Ze Zun Wang Roban berarak menuju ke sekitar Pekan Roban dan berpatah balik semula ke tokong tersebut.

Pertunjukan bunga api diadakan telah menerangi suasana malam Pekan Roban, sekali gus menandakan berakhirnya acara perarakan bersempena Sambutan Ulang Tahun Tokong Guan Ze Zun Wang Roban.

Terdahulu, tinjauan mendapati orang ramai dari pelbagai latar belakang kaum dan agama sudah membanjiri kawasan sekitar Pekan Roban seawal 5.30 petang untuk menyaksikan perarakan tersebut.

SEKITAR 3,00 penduduk dari pelbagai kaum turut menyaksikan perarakan jontoi di Pekan Roban. Foto Roban Chinese Temple Charitable Association

Menurut Pengerusi Persatuan Kebajikan Tokong Cina Roban, Wee Chun Ing, sekitar 3,000 orang membanjiri beberapa kawasan di sekitar pekan Roban untuk menyaksikan acara perarakan tersebut atau lebih dikenali dengan nama ‘jontoi’.

Selain itu, terdapat pertunjukan pentas diadakan menampilkan artis jemputan dari Fei Yi Pang Sibu telah menghiburkan semua penonton di pentas utama Tokong Guan Ze Zun Wang Roban.
Oleh Adi Saparman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: RM260,000 naik taraf keselesaan pesakit, kakitangan Hospital Sibu
Next: Bukti kesungguhan GPS tunaikan janji kepada rakyat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.