300 warga Vietnam dibawa pulang dari Malaysia

Facebook
WhatsApp
MEREKA yang dibawa pulang itu termasuk warga tua, pesakit, pekerja yang visa dan kontrak sudah tamat selain pelancong terkandas serta pelajar. • Foto BERNAMA

HANOI: Kira-kira 310 warga Vietnam dibawa pulang dari Malaysia pada Ahad, lapor Agensi Berita Vietnam (VNA).

Misi itu dilaksana dengan kerjasama Kedutaan Vietnam di Malaysia, syarikat penerbangan Vietnam Airlines dan agensi di Malaysia. 

Mereka yang dibawa pulang itu termasuk warga tua, orang sakit, pekerja yang visa dan kontrak sudah tamat selain pelancong terkandas serta pelajar.

Sejurus tiba di lapangan terbang antarabangsa Can Tho di Delta Mekong, semua penumpang dikuarantin dan menjalani pemeriksaan kesihatan. 

Lebih banyak penerbangan akan diatur untuk membawa pulang rakyat Vietnam dari negara lain bergantung kepada permintaan dan perkembangan situasi pandemik Covid-19.- Bernama

Kuching City benam Melaka 2-1

MELAKA: Kuching City FC mencipta kemenangan bergaya apabila menewaskan Melaka dalam aksi Liga Super Malaysia di Stadium Hang Tuah, malam