Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • SEMASA
  • 300 pelajar IPT pulang ke Limbang, Lawas dikuarantin
  • SEMASA

300 pelajar IPT pulang ke Limbang, Lawas dikuarantin

Utusan Sarawak 5 years ago
PERSIAPAN TERANCANG… Dr Abdul Rahman sewaktu mempengerusikan mesyuarat jawatan kuasa pengurusan bencana Bahagian Limbang bagi membawa pelajar Limbang dan Lawas balik ke kampung masing-masing.

ADENG IDRUS

LIMBANG: Semua pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) yang akan mula pulang ke Limbang dan Lawas pada peringkat pertama ini akan dikuarantin selama tujuh hari di rumah masing-masing.

Ini bagi memastikan mereka bebas daripada Covid-19 selepas mendapat pengesahan daripada pihak tertentu termasuk KPM.

Muda Pertanian Tanah Adat dan Pembangunan Wilayah Datuk Dr Abdul Rahman Ismail berkata jumlah itu membabitkan sebahagian penghantaran pulang penuntut institusi pengajian tinggi dan swasta di bahagian ini yang dianggarkan sekitar lebih 300 pelajar yang menuntut di Semenanjung Malaysia dan Sabah.

“Mereka yang akan pulang akan dikuarantin dirumah selama  tujuh hari dan pihak Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM)  akan memantau dan mengambil sampel untuk diuji,” ujarnya.

Penghantaran pulang seramai 41 pelajar penuntut institusi pengajian tinggi Kolej Matrikulasi Labuan ke   Limbang dan Lawas peringkat pertama akan bermula Sabtu ini.

Perjalanan pulang penuntut institusi pengajian tinggi dan swasta yang belajar di  Semenanjung pulang ke Sarawak akan ditanggung oleh kerajaan negeri melalui Sarawak Volunteers mengikut prosedur operasi standard ( SOP)  tertentu yang digariskan Kementerian Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) atau institusi pengajian mereka belajar  .

Dr Abdul Rahman yang juga ADUN Bukit Kota menyatakan demikian ketika ditemui media selepas  Majlis Simbolik Penyerahan Sumbangan Kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Limbang  di sini semalam.

Pada masa yang sama daripada jumlah 41 orang pelajar itu, 23 orang adalah pelajar dari Limbang dan 18 orang daripada Lawas.

Kerajaan negeri akan  menyewa khas sebuah feri untuk membawa ke semua 41 pelajar  ke Lawas dan ke Limbang  melalui SOP melibatkan  jabatan tertentu termasuk Jabatan  Kesihatan.

Semasa menjalani kuarantin di rumah, pelajar terbabit akan diberi  penjejakan digital  yang disediakan oleh Sarawak Multimedia Autoriti (SMA) sebanyak 200 unit.

Pendekatan ini membolehkan pergerakan mereka dipantau melalui digital supaya mereka tidak bergerak keluar yang dipakai seperti gelang ditangan.

Penghantaran pulang penuntut institusi pengajian tinggi di bahagian ini akan diurus kerajaan Sarawak secara berperingkat sebelum sambutan Aidilfitri ini.

Continue Reading

Previous: Penduduk Lundu, Sematan perlu lebih banyak mesin ATM
Next: Sarawak tidak laksana PKPB

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.