Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 300 kakitangan BDA bersama komuniti gotong-royong bersih sisa banjir
  • WILAYAH

300 kakitangan BDA bersama komuniti gotong-royong bersih sisa banjir

Utusan Sarawak 3 months ago
Kakitangan BDA bersama penduduk setempat bergotong-royong membersihkan kawasan terjejas akibat banjir di Bintulu. Foto ihsan BDA

BINTULU: Seramai 300 kakitangan Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) bersama komuniti setempat turun padang dalam program gotong-royong pascabanjir.

Menurut kenyataan BDA, program itu membabitkan lima lokasi iaitu Bukit Orang, RPR Sebiew A, Desa Damai, Taman Jason dan Bandar Jaya. 

Program seumpama itu bertujuan untuk membersihkan serta memulihkan kawasan yang terkesan akibat bencana banjir baru-baru ini.

Gotong-royong bermula seawal jam 8.00 pagi dengan peserta dilengkapi peralatan pembersihan bagi memastikan persekitaran kembali bersih dan selamat.

BDA terus komited dalam membantu komuniti dan menyeru semua pihak untuk bersama-sama memainkan peranan dalam menjaga kebersihan serta kesejahteraan persekitaran.

Continue Reading

Previous: Usahawan disaran sahut peluang pendidikan, latihan ditawarkan IKMa
Next: Perlawanan persahabatan perkenal sukan pickleball kepada masyarakat setempat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.