Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 30 sertai Bengkel Penulisan Berimpak Tinggi
  • TEMPATAN

30 sertai Bengkel Penulisan Berimpak Tinggi

Utusan Sarawak 5 years ago
TAMBAH ILMU…. Iskandar (depan tengah) merakamkan gambar kenangan bersama peserta selepas majlis penutupan pada pagi Jumaat.

MUKAH: Seramai 30 peserta mengikuti Bengkel Penulisan Jurnal Berimpak Tinggi (High Impact Journal  writing Workshop) di Politeknik Mukah (PMU).

Mereka terdiri daripada  Pensyarah dari  Jabatan Kejuruteraan Elektrik (JKE) ,  Jabatan Kejuruteraan Mekanikal (JKM), Jabatan Kejuruteraan Awam (JKA),  Jabatan Perdagangan ( JP ) dan  Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi ( JTMK ).

Bengkel tiga hari bermula 15 hingga 17 Julai merupakan anjuran Unit Penyelidikkan, Inovasi & Pengkomersialan (UPIK) PMU.

Adalah difahamkan, ia telah dijadikan sebagai persediaan menjelang program Technology & Innovation International Conference 2021 (Techon) yang bakal diadakan dalam waktu terdekat ini.

Majlis Perasmian Penutupan bengkel  berkenaan telah dilakukan oleh Timbalan Pengarah Sokongan Akademik PMU, Iskandar Reduan.

Sementara itu,  Dr. Habsah  Mohd Sabli yang terlibat secara langsung dengan program itu menyatakan antara objektif lain bengkel tersebut ialah untuk memberikan pendedahan dan panduan kepada peserta mengenai cara penulisan jurnal, artikel yang betul bagi penerbitan jurnal berwasit dan berimpak tinggi.

“Ia juga adalah  untuk menjadikan budaya menulis jurnal, artikel serta  mewujudkan suasana lebih mengenali dan meningkatkan kemesraan dikalangan peserta  dalam projek penyelidikan bersama untuk menghasilkan jurnal yang bermutu,” jelasnya lagi.

Di samping itu, tambahnya,  bengkel tersebut bertujuan  untuk memperluaskan kemahiran dan teknik penulisan di kalangan peserta termasuk menghasilkan beberapa penulisan kertas jurnal seperti yang diharapkan.

Oleh Henry B Siyu

Continue Reading

Previous: Pustaka Miri sumbang 100 set pelindung muka
Next: Tebingan sungai dipanjangkan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.