Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 30 lokaliti miskin tegar
  • TEMPATAN

30 lokaliti miskin tegar

Utusan Sarawak 3 years ago

PERTEMUAN ERATKAN KERJASAMA… Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menerima kunjungan hormat dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Dato Sri Mustapa Mohamed bertempat di pejabat Premier Sarawak Dewan Undangan Negeri Sarawak. • Foto HERRIEY NAHA

KUCHING: Kerajaan Persekutuan bersama Kerajaan Sarawak akan melaksanakan projek untuk membasmi kemiskinan tegar di 30 lokaliti yang telah dikenal pasti di negeri ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, program rintis fasa satu membabitkan 10 lokaliti akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

Katanya, program fasa kedua pula akan diputuskan bersama dengan kerajaan negeri dan akan turut dilaksanakan segera.

“Program di 10 lagi lokaliti pula dijangka akan bermula pada hujung bulan ini,” katanya.

Sambil menambah, 10 lokaliti tersebut ialah di Gedong:  Kampung Seberang Sebuyau, Sebuyau; Kampung Bakong, Lingga;  Long Kajang, Belaga; Kampung Spaoh, Betong;  Baram/Ulu Tinjar,  Pakan;  Lawas;  Daro  dan Telang Usan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak di sini, semalam.

Berhubungan butiran perbincangan dengan Abang Johari, Mustapa berkata, antara perkara yang disentuh termasuklah Program Basmi Miskin Tegar Keluarga Malaysia yang akan dimulakan dalam tempoh terdekat.

Sementara itu, beliau memberitahu, kerajaan menyasarkan untuk membasmi kemiskinan tegar di negara ini menjelang 2025.

“Fokus akan diberikan kepada 2.9 juta isi rumah kategori B40 dengan pendapatan bulanan di bawah RM4,850 dalam Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12),” katanya.

Ujarnya, inisiatif ini melibatkan usaha di daerah dan lokasi termiskin di bandar dan luar bandar bagi menangani isu kemiskinan dan membangunkan masyarakat inklusif.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Continue Reading

Previous: 318 pemohon dapat manfaat
Next: UTS, OSHEQ tandatangani MoU

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.