Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • GLOBAL
  • 3 terbunuh, helikopter terhempas di India
  • GLOBAL

3 terbunuh, helikopter terhempas di India

Utusan Sarawak 7 months ago

Sebuah helikopter peribadi terhempas di barat India hari ini, mengorbankan tiga individu di dalamnya. - Foto India Today

NEW DELHI: Sebuah helikopter peribadi terhempas di barat India hari ini, mengorbankan tiga individu di dalamnya, kata seorang pegawai bomba.

Helikopter itu terbakar di kawasan berbukit selepas terhempas di pinggir bandar Pune, di tenggara hab kewangan Mumbai, kira-kira jam 6:45 pagi (0115 GMT).

Ketua pegawai bomba, Devendra Potphode memberitahu pemberita, dua juruterbang dan seorang jurutera maut dalam nahas itu.

“Apabila sampai di tempat kejadian, kami melihat helikopter itu terhempas dan semua bahagiannya berselerak.

“Kami dapat mengeluarkan tiga mangsa dan sudah diserahkan kepada polis,” katanya.

Helikopter itu disewa parti pembangkang, Parti Kongres Nasionalis dan menuju ke Mumbai.

Walaupun punca nahas masih belum dikenal pasti, laporan media tempatan menyatakan terdapat kabus tebal di kawasan terbabit ketika itu. – AFP

Continue Reading

Previous: Taufan Krathon: Taiwan batal semua penerbangan domestik pada Rabu
Next: Misteri kehilangan rakyat Malaysia di Bangkok

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.