Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • KEMALANGAN
  • 28 penghuni hilang tempat berteduh
  • KEMALANGAN

28 penghuni hilang tempat berteduh

Utusan Sarawak 9 months ago
PASUKAN bomba menjalankan operasi mengawal dan memadam kebakaran dua blok rumah teres dua tingkat di Jalan Layang layang, pagi tadi.
 

SIBU: Dua blok rumah teres dua tingkat musnah dalam kebakaran di Jalan Layang layang, pagi tadi.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 6.24 pagi.

Katanya, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral dan pasukan bantuan BBP Sungai Merah dihantar ke lokasi kejadian.

“Kebakaran melibatkan blok rumah teres jenis berkembar dua tingkat struktur kekal yang dijadikan bilik sewa. 

“Blok A terdapat 18 bilik dan Blok B 18 bilik telah terbakar 80 peratus,” katanya menerusi kenyataan sebentar tadi.

Katanya, empat bilik di blok A dan lima bilik di blok B berjaya diselamatkan, kesemua 28 penghuni selamat dan tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Setelah memastikan keadaan di lokasi selamat dan tiada lagi punca-punca api, operasi ditamatkan pada 8.28 pagi.

Punca dan nilai kerugian masih dalam siasatan.

Tags: Kemalangan & Kebakaran

Continue Reading

Previous: Lelaki 45 tahun dikhuatiri lemas di Nanga Semah, Daro
Next: Lelaki lemas ditemui terapung di Kampung Semop, 23km dari lokasi hilang

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.