Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 27 peserta sertai kursus GPS percepat penyukatan tanah adat di Awik
  • Tengah
  • WILAYAH

27 peserta sertai kursus GPS percepat penyukatan tanah adat di Awik

Utusan Sarawak 8 hours ago
FRIDAY Belik semasa Majlis Perasmian Penutupan kursus berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Rumah Michael Mileng, Nanga Risau, Awik, di sini, baru-baru ini. Foto: ADUN Krian

SARATOK: Seramai 27 peserta menyertai Kursus Pengendalian Handheld GPS Navigator kepada juru ukur yang dilantik daripada kalangan penduduk rumah panjang di kawasan Awik sebagai usaha mempercepat proses penyukatan tanah adat di kawasan berkenaan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Krian, Friday Belik berkata, kursus selama tiga hari itu memberi pendedahan praktikal kepada peserta mengenai penggunaan teknologi GPS dalam kerja pengukuran tanah.

Beliau berkata demikian ketika menyempurnakan Majlis Perasmian Penutupan kursus berkenaan yang berlangsung di Dewan Serbaguna Rumah Michael Mileng, Nanga Risau, Awik, di Saratok, baru-baru ini.

Menurut beliau, kursus tersebut dianjurkan oleh Persatuan KMKK Awik dengan kerjasama Jabatan Tanah dan Survei Bahagian Betong yang bertindak sebagai fasilitator sepanjang program berlangsung.

PESERTA yang menyertai Kursus Pengendalian Handheld GPS Navigator. Foto: ADUN Krian

Katanya, peserta didedahkan secara teori dan amali mengenai cara mengambil bacaan koordinat, menandakan titik sempadan serta memasukkan data ukuran ke dalam komputer riba untuk tujuan dokumentasi.

Friday memuji usaha Gabungan Tuai Rumah (GTR) Awik bersama Jabatan Tanah dan Survei kerana berjaya menganjurkan program yang disifatkan amat bermanfaat kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, latihan seperti itu mampu membantu mempercepatkan proses penyukatan tanah di bawah Seksyen 18, Kanun Tanah Negeri Sarawak, sekali gus memudahkan urusan pemilikan dan pengesahan tanah penduduk.

Tambahnya, inisiatif berkenaan juga membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan penduduk tempatan supaya terlibat secara langsung dalam operasi penyukatan tanah selain meningkatkan kefahaman mereka mengenai proses pengukuran tanah masing-masing.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Bengkel KMKK dan JKKK perkasa kepimpinan komuniti di Engkilili
Next: Kerajaan negeri pertimbang naik taraf jalan Ong Tiang Swee termasuk pembinaan parkir bertingkat

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.