Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • Bengkel KMKK dan JKKK perkasa kepimpinan komuniti di Engkilili
  • Tengah
  • WILAYAH

Bengkel KMKK dan JKKK perkasa kepimpinan komuniti di Engkilili

Utusan Sarawak 6 hours ago
DATUK Dr Malcolm Mussen Lamoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai turut meluluskan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM15,000 kepada JKKK Rumah Tawie bagi menyokong pelaksanaan aktiviti komuniti dan kebajikan penduduk setempat Foto: Roy Angau Gingkoi

ENGKILILI: Program Bengkel Memperkasakan Tugas dan Peranan Ketua Kaum serta Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Rumah Panjang diadakan di Rumah Tawie Bansang, Nanga Patoh, Lemanak, Engkilili, semalam.

Program ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman kepimpinan akar umbi dalam pembangunan komuniti setempat.

Majlis penutupan program tersebut dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh yang menegaskan kepentingan peranan pemimpin masyarakat sebagai penghubung utama antara kerajaan dan rakyat.

Menurut beliau, Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) serta JKKK perlu memahami tanggungjawab masing-masing agar setiap agenda pembangunan dapat disampaikan dengan lebih berkesan kepada penduduk luar bandar.

Katanya, pemimpin komuniti memainkan peranan penting dalam memastikan perpaduan masyarakat terus kukuh, selain membantu menyelesaikan isu setempat serta menyelaras keperluan penduduk dengan agensi berkaitan.

AHLI Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi yang turut hadir pada majlis tersebut mengumumkan peruntukan MRP sebanyak RM10,000 kepada Gerempong Indu Rumah Tawie serta projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2027 bernilai RM150,000. Foto: Roy Angau Gingkoi

Program berkenaan dianjurkan oleh Persatuan Ketua Masyarakat Daerah Lubok Antu dengan kerjasama Pejabat Daerah Lubok Antu, khusus bagi memberi pendedahan mengenai fungsi, peranan serta tanggungjawab KMKK dan JKKK dalam memacu kemajuan kawasan masing-masing.

Dalam majlis sama, Dr Malcolm yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai turut meluluskan peruntukan geran Projek Kecil Luar Bandar (MRP) sebanyak RM15,000 kepada JKKK Rumah Tawie bagi menyokong pelaksanaan aktiviti komuniti dan kebajikan penduduk setempat.

Selain itu, projek pembinaan baharu Jambatan Gantung Nanga Patoh dengan kos RM400,000 turut diluluskan di bawah pelaksanaan Agensi Pembangunan Bahagian Sri Aman (SADA) dan Jabatan Kerja Raya Bahagian Sri Aman.

Sementara itu, Ahli Parlimen Lubok Antu Roy Angau Gingkoi yang turut hadir pada majlis tersebut mengumumkan peruntukan MRP sebanyak RM10,000 kepada Gerempong Indu Rumah Tawie serta projek Program Transformasi Luar Bandar (RTP) 2027 bernilai RM150,000.

Para hadirin turut berpeluang mendapatkan pelbagai perkhidmatan melalui kaunter bergerak Majlis Daerah Lubok Antu yang menyediakan pendaftaran dan pengemaskinian akaun Sarawak Pass, pembaharuan lesen anjing serta perkhidmatan vaksin anti-rabies.

Oleh Adi Safarman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 38 projek RTP bernilai RM5 juta diluluskan untuk DUN Krian tahun ini
Next: 27 peserta sertai kursus GPS percepat penyukatan tanah adat di Awik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.