Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 27 NGO terima MRP bernilai RM170,000
  • TEMPATAN

27 NGO terima MRP bernilai RM170,000

Utusan Sarawak 5 years ago
UNTUK MU… Datuk Francis Harden Hollis menyerahkan cek peruntukan kerajaan kepada salah seorang wakil NGO pada satu majlis ringkas di Pejabat SUPP cawangan Simanggang semalam.

SIMANGGANG: Sebanyak 27 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini menerima peruntukan projek kecil luar bandar (MRP) yang keseluruhannya bernilai RM170,000.

Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti, Datuk Francis Harden Hollis menyerahkan peruntukan MRP itu kepada NGO terbabit pada satu majlis ringkas di Pejabat Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) di sini malam semalam.

Harden yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simanggang semasa berucap pada majlis itu, berkata penyerahan peruntukan MRP itu adalah bagi menunaikan janjinya kepada rakyat dalam membantu memajukan kawasan penempatan masing-masing.

Bagaimanapun, katanya, cepat atau lambat janji itu ditunaikan bergantung kepada pertubuhan berkenaan dalam menyediakan dokuman yang diperlukan untuk memohonnya daripada Kerajaan Sarawak.

“Pemberian peruntukan MRP atau projek kerajaan oleh wakil rakyat kepada sesebuah pertubuhan sememangnya memerlukan dokumen lengkap.

“Jika dokumen diperlukan belum lengkap maka janji kita akan lambat ditunai. Semua pertubuhan tahu dokumen yang dimaksudkan dan harap sentiasa dikemas kini bagi memudahkan janji wakil rakyat Gabungan Parti Sarawak (GPS) ditunaikan,” kata beliau.

Selain itu, beliau juga menasihati NGO supaya membantu kerajaan sedia ada bagi menjayakan program pembangunan rakyat di kawasan penempatan mereka.

“NGO upama jambatan penghubung antara rakyat dan kerajaan. Justeru saya berharap pertubuhan dapat membantu Kerajaan Sarawak melicinkan proses pembangunan di negeri ini dengan menyokong pelaksanaan program pembangunan rakyat,” katanya.

Oleh Valentine Ngumbang

Continue Reading

Previous: 33 terkandas dijadual tiba petang ini
Next: Sarawak kehilangan seorang perwira

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.