Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 26 sekolah di DUN Tebedu terima dana pendidikan berjumlah RM316,090
  • Selatan
  • WILAYAH

26 sekolah di DUN Tebedu terima dana pendidikan berjumlah RM316,090

Utusan Sarawak 3 days ago
FOTO UKAS.

TEBEDU: Sebanyak 26 buah sekolah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu menerima suntikan dana berjumlah RM316,090 daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu, Dr. Simon Sinang Bada dalam satu majlis rasmi yang diadakan di Pusat Khidmat DUN N.21 Tebedu, hari ini.

Sumbangan tersebut disalurkan menerusi majlis Penyampaian Cek Projek Khas Fasa 1/2025 kepada Persatuan IbuBapa dan Guru (PIBG), melibatkan tiga buah sekolah menengah dan 23 buah sekolah rendah di kawasan berkenaan.

Menurut Dr. Simon, dana berkenaan bertujuan menyokong pelaksanaan pelbagai program pendidikan dan aktiviti sekolah, khususnya dalam usaha meningkatkan pencapaian akademik pelajar serta prestasi keseluruhan institusi pendidikan.

“Saya telah memperuntukkan sebanyak 20 peratus daripada peruntukan khas tahunan Pusat Khidmat ADUN, iaitu RM2 juta setahun, khusus untuk menyokong agenda pendidikan negara,” katanya semasa menyampaikan amanat.

Beliau menegaskan bahawa pendidikan merupakan kunci utama dalam mengubah masa depan individu, sekali gus meningkatkan taraf hidup keluarga dan masyarakat secara keseluruhan.

“Maju atau mundurnya sesebuah keluarga amat bergantung kepada tahap pendidikan anak-anak mereka,” tambah beliau.

Dalam masa yang sama, Dr. Simon turut mengingatkan agar setiap perbelanjaan yang dibuat oleh PIBG dan kelab-kelab berkaitan didokumentasikan dengan teliti bagi tujuan semakan dan audit pada masa hadapan.

Turut menerima sumbangan dalam majlis tersebut ialah sebuah Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK). – UKAS

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: ADUN Krian komited angkat nama Saratok dalam bidang sukan
Next: Tiong pertahan program pengecualian visa, gesa penguatkuasaan lebih tegas 

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.