Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 petugas Pos Malaysia Sibu hadir ceramah TEKAD
  • WILAYAH

25 petugas Pos Malaysia Sibu hadir ceramah TEKAD

Utusan Sarawak 8 months ago
CERAMAH… Para petugas Pos Malaysia Sibu mendengar ceramah daripada wakil AADK Sibu di Bilik Latihan Pos Laju Sibu.

SIBU: Seramai 25 orang petugas Pos Malaysia Sibu menghadiri ceramah Tempat Kerja Bebas Dadah (TEKAD) di Bilik Latihan Pos Laju Sibu.

Program ceramah dengan kerjasama Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Sibu itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai bahaya penyalahgunaan dadah di tempat kerja.

Ceramah bertajuk ‘Akibat Penyalahgunaan Dadah di Tempat Kerja’ menekankan betapa seriusnya kesan dadah terhadap prestasi kerja dan keharmonian keluarga.

Dengan pendedahan maklumat ini, pihak penganjur berharap tempat kerja dapat bebas daripada gejala penyalahgunaan dadah, sekali gus meningkatkan produktiviti dan kesejahteraan pekerja.

Dalam pada itu, AADK juga membuka pendaftaran dalam talian untuk petugas Pos Laju yang berminat menyertai SKUAD Antidadah, sebuah entiti kesukarelawanan di bawah AADK.

Melalui penyertaan dalam SKUAD ini, sukarelawan dapat terlibat secara aktif dalam program-program kesedaran dan pencegahan dadah di peringkat komuniti.

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan, orang ramai boleh menghubungi talian hotline AADK di talian 1-800-22-2235 atau 019-626 2233.

Oleh Akun Giman

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: 63 peserta pelbagai agensi daki Bukit Kemuyang
Next: Program Gaya Hidup Sihat berlangsung di padang kawad IPD Sibu

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.