Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • TEMPATAN
  • 25 belia Igan sertai konvoi
  • TEMPATAN

25 belia Igan sertai konvoi

Utusan Sarawak 5 years ago
KENANGAN… Datuk Ibrahim Baki merakam gambar bersama konvoi motosikaldari Kampung IgansemasaMajlis Program Sambutan Rombongan Jelajah Belia Parlimen Igan di Pusat Khidmat PBB N8 Satok, Kuching semalam.•Foto: ANDRE OLIVEIRO.

KUCHING: Seramai 25 belia dari P207 Igan melakukan penjelajahan menggunakan motosikal selama lima hari bermula 16 hingga 20 September.

Perjalanan konvoi ini bermula dari Kampung Sekaan Besar Matu sehingga ke Telok Melano.

Ketua rombongan, Wan Viyarahman Wan Zullkiplee berkata, program ini bertujuan merapatkan hubungan antara Pemuda Gabungan Parti Sarawak (GPS) dari pelbagai kawasan.

“Seperti kita tahu, kawasan Igan adalah kubu kuat GPS sejak dulu dan kita mahu mempertahankan kubu ini daripada dicerobohi.

“Justeru, kita mengambil keputusan untuk melakukan penjelajahan ini bagi melatih mental dan fizikal para pemuda GPS kawasan Igan sebelum menempuh Pilihan Raya Negeri (PRN),” katanya ketika berucap pada Program Sambutan Rombongan Jelajah Belia Parlimen P207 Igan di Pusat Khidmat Satok, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua PBB Cawangan Satok, Datuk Ibrahim Baki memuji usaha yang dilakukan oleh mereka kerana bersedia awal dari segi mental dan fizikal sebelum menghadapi PRN.

“Pemuda PBB kawasan Igan jelas menampakkan kesungguhan mereka untuk mengekalkan kerusi GPS di kawasan itu.

“Saya harap dengan adanya aktiviti konvoi ini akan merapakatkan ukhwah antara mereka,” ujarnya.

Kumpulan ini menempuh perjalanan dari Kampung Sekaan Besar Matu ke Sibu, Kuching, Sematan dan berakhir di Telok Melano.

Oleh Nur Ain Otsman

Continue Reading

Previous: Inisiatif bantu petani jana pendapatan
Next: Jangan campur aduk pendidikan, politik

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.