Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • WILAYAH
  • 25 anggota APM Daerah Lubok Antu bebas dadah
  • Tengah
  • WILAYAH

25 anggota APM Daerah Lubok Antu bebas dadah

Utusan Sarawak 7 months ago

PERIKSA… Petugas APM sedang menjalani ujian saringan air kencing yang dikendalikan oleh AADK Sri Aman di PKOD APM Lubok Antu, semalam.

LUBOK ANTU: Penglibatan kakitangan agensi kerajaan dalam kegiatan penyalahgunaan dadah dan substans secara tidak langsung boleh mengganggu mutu perkhidmatan mereka terhadap penduduk di sekeliling kawasan.

Justeru, menyedari mengenai betapa seriusnya isu itu, maka para petugas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Lubok Antu telah pun menjalani ujian saringan air kencing di Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) mereka, semalam.

Pegawai Pertahanan Awam Daerah Lubok Antu, Leftenan (PA) Desem Samuel berkata, ujian saringan air kencing berkenaan telah pun dikendalikan oleh pihak Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) Bahagian Sri Aman.

“Seramai 25 anggota APM Daerah Lubok Antu telah menjalani ujian saringan air kencing berkenaan dengan hasil keputusannya mendapati kesemua mereka negatif dalam pengambilan bahan itu.

“Bagi saya, ini merupakan satu keputusan yang amat membanggakan buat APM Daerah Lubok Antu dengan semua anggota perlulah bertindak menjauhi aktiviti penyalahgunaan bahan terlarang itu demi kerjaya mereka,” katanya.

Selain itu, Desem juga memberitahu pelaksanaan ujian saringan air kencing berkenaan wajar dilakukan di pejabat agensi kerajaan demi menaikkan disiplin para warganya dari semasa ke semasa.

Malah,  ketidakterlibatan para pejawat awam termasuk petugas APM Lubok Antu katanya secara tidak langsung dapat menaikkan imej agensi mereka dalam kalangan penduduk di kawasan berkenaan.

“Justeru, saya berharap agar warga APM Daerah Lubok Antu terus mengekalkan keputusan seperti ini demi menjaga prestasi perkhidmatan mereka terhadap penduduk yang menghadapi situasi kecemasan,” katanya.

Oleh Valentine Ngumbang

Tags: wilayah

Continue Reading

Previous: Seisi keluarga terkejut biawak masuk rumah
Next: Sumbangan ikhlas bantu ringankan beban warga SMK Lawas

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.